Utusan Borneo (Sarawak)

Belia perlu bijak menilai, kerajaan beri peluang terlibat aktiviti kemasyarak­atan

-

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa menyediaka­n peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarak­atan yang boleh meningkatk­an potensi diri, membina kepimpinan serta jati diri masing-masing.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, belia juga perlulah bersikap positif, berfikiran rasional serta bijak menilai agar tidak mudah terjebak dalam kegiatan yang boleh merosakkan masa depan.

“Saya berharap pergerakan Komulakan UPKO sentiasa bekerjasam­a dengan golongan belia dalam melaksanak­an program sosial, kemasyarak­atan serta kerohanian yang boleh menjana pembanguna­n rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Album Krismas Kota Belud 2017 dan Pibabasan Bamboo Musical Band Kadamaian anjuran Komulakan UPKO, di sini pada Ahad.

Radin yang juga Naib Presi- den Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, Barisan Nasional (BN) negeri ini juga sentiasa komited untuk memberikan bantuan kewangan berjumlah lebih RM30 juta kepada badan-badan bukan Islam serta sekolah mubaligh di Sabah setiap tahun.

Katanya, ia membuktika­n pengiktira­fan dan sokongan kerajaan terhadap peranan badan-badan bukan Islam khasnya umat Kristian dalam pembanguna­n Sabah.

“Kemajuan negeri Sabah dan kesejahter­aan hidup kita haruslah sentiasa seiring dengan pembanguna­n kerohanian rakyat yang penting untuk melahirkan warganegar­a yang berakhlak baik dan bermoral.

“Kestabilan dan sokongan rakyat membolehka­n kerajaan melaksanak­an pelbagai program kesejahter­aan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini dan di Sabah.

“Demikian juga dengan amalan perkongsia­n oleh kerajaan BN negeri Sabah yang sudah mengukuhka­n perpaduan kaum dan memastikan semua kaum turut serta dalam pembanguna­n di negeri ini,” jelasnya.

Mengulas program itu, beliau berkata inisiatif Komulakan UPKO Kota Belud untuk menganjurk­an program itu amat baik kerana ia bukan sahaja meningkatk­an kesedaran rakyat berbilang kaum mengenai sambutan perayaan Krismas, tetapi juga menjadi landasan meningkatk­an iman rakyat yang beragama Kristian.

 ??  ?? BAHASA TEMPATAN: Radin (empat kiri) menyempurn­akan gimik pelancaran Album Krismas Kota Belud 2017.
BAHASA TEMPATAN: Radin (empat kiri) menyempurn­akan gimik pelancaran Album Krismas Kota Belud 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia