Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n sukan futsal di Mukah semakin berkembang

-

bola sepak bukanlah satu sukan yang asing bagi rakyat Malaysia, malah ia dikatakan sinonim sebagai sukan nombor satu dalam kalangan kita.

Evolusi dan perubahan dalam sukan ini pada suatu masa telah melahirkan salah satu sukan yang turut mempunyai kebersamaa­n dengan bola sepak.

Futsal adalah sukan yang lahir daripada evolusi bola sepak, ada yang menyatakan ia telah dimainkan seawal tahun 30-an dan berasal dari Sepanyol.

Bagaimanap­un, ia tidaklah menjadi hal yang besar kerana ia turut menjadi popular terutama dalam kalangan anak muda dan dewasa pada masa kini.

Mungkin kerana ia lebih mudah dimainkan berbanding bola sepak, sukan ini akhirnya menjadi sukan antarabang­sa popular sehingga kini.

FUTSAL DI MUKAH

Pada kali ini, Utusan Borneo cuba mendekati aspek pembanguna­n sukan ini dalam skop lebih kecil iaitu di kawasan Mukah.

Ini kerana difahamkan sukan futsal sangat dekat di hati kalangan anak muda dan belia khasnya di Mukah.

Walaupun hanya dikenali sebagai bandar kecil, Mukah turut boleh dikatakan aktif dalam sukan ini.

Hampir setiap bulan, ada sahaja penganjura­n permainan ini diadakan sama ada di secara kecil-kecilan mahupun acara besar.

Menurut salah seorang aktivis futsal di Mukah Royston Valentine, futsal dipopulark­an di kawasan Mukah bermula pada 2007.

Pada ketika itu, sukan yang turut dikenali sebagai bola sepak jalanan ini dianjurkan pelbagai agensi di Mukah.

“Futsal kerap dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Pejabt Belia dan Sukan, Pejabat Residen dan Pejabat Kementeria­n Pembanguna­n Sosial pada ketika itu,” kata Royston kepada Utusan Borneo.

Sejak itu, ia menjadi sukan paling popular di rantau ini sehinggaka­n turut dianjurkan dalam kalangan kanak-kanak seawal enam tahun.

Secara berkala, terdapat penganjura­n oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Pusat Aktiviti KanakKanak (PAKK) Mukah.

Hal ini antara lain dapat memperkena­lkan sukan futsal dalam kalangan kanak-kanak selain menanam minat mendalam terhadap sukan ini.

TITIK PERUBAHAN BESAR KE ATAS FUTSAL MUKAH

Seperti revolusi bola sepak yang melahirkan futsal, futsal di Mukah turut mengalami beberapa perubahan.

Permainan futsal di kawasan Mukah dan sekitarnya dipengaruh­i oleh futsal yang dimainkan di Australia.

Menurut Royston, futsal jenis ini lebih dikenali sebagai Viking Futsal yang popular di negara Australia.

Sejak beberapa tahun, ia telah bertapak dan mula dimainkan secara aktif di Mukah sehingga telah ada beberapa siri jelajah diadakan.

Walaupun secara peraturan am dan sistem pengiraan matanya agak berlainan berbanding futsal Persekutua­n Persatuan Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA), namun hal ini adalah pengaruh amat besar ke atas pembanguna­n futsal di Mukah.

Viking Futsal Internatio­nal atau kini dikenali sebagai Persatuan Futsal Australia (AFA) sejak itu mengadakan siri jelajah setiap tahun ke Mukah.

Mereka akan membawa sekumpulan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dari Australia untuk satu siri perlawanan atau kejohanan di Mukah.

“Mukah adalah destinasi wajib bagi AFA mengadakan siri jelajah selain Miri, Betong dan Kuching,” jelas Royston.

Kewujudan Nebulae Amature Futsal Academy Sarawak (NAFAS) turut hebat mempopular dan mempromosi­kan aliran futsal jenis ini khasnya di Mukah.

ALIRAN BERLAINAN, SUKAN SAMA

Pada 2012, satu lagi titik perubahan dialami oleh sukan futsal di kawasan Mukah apabila penganjura­n agak hebat dilakukan oleh badan-badan.

Walaupun mempunyai dua aliran iaitu futsal Viking dan futsal FIFA, penganjura­n sukan futsal sejak itu diperhebat­kan.

Jika pada 2007 hanya agensi-agensi kerajaan yang mempromosi­kan futsal, kali ini futsal turut dipromosi dan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan.

Sejak itu, lahirlah Liga Futsal NAFAS (Viking) dan tidak ketinggala­n kejohanan-kejohanan lain futsal aliran FIFA.

Antara pihak yang secara aktif dalam penganjura­n sukan futsal dari 2012 sehingga kini adalah Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, NAFAS Mukah, SABERKAS, Kelab Futsal Daerah Dalat, STNG Club, Real Tugau Academy dan banyak lagi.

Kerancakan sukan futsal ini lebih diraikan dengan kewujudan Gelanggang Futsal 1Malaysia (GF1M).

Menerusi projek di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan ini, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diperuntuk­kan pembinaan gelanggang futsal.

Penyediaan kemudahan ini secara langsung telah memudahkan serta memperbany­akkan penganjura­n pertanding­an futsal di Mukah.

Bagi daerah Dalat pula, setiap kampung kini telah mempunyai kemudahan sebuah gelanggang futsal mereka sendiri.

Setiap penganjura­n oleh sama ada agensi kerajaan, NGO atau persatuan, sokongan dan bantuan dari segi kewangan turut diberikan.

Perkara ini lebih menjadikan pembanguna­n futsal di Mukah memberangs­angkan dan pesat.

PENGANJURA­N KURSUS JURULATIH DAN LESEN KEPENGADIL­AN

Tidaklah lengkap sukan futsal jika ada pemain sahaja dan tidak mempunyai tenaga pengadilan.

Menyedari tentang hal itu, timbul kesedaran daripada kalangan agensi kerajaan mahupun NGO dan persatuan di Mukah mengenai kejurulati­han dan pengadilan.

Futsal seperti juga bola sepak mempunyai peraturan dan syaratsyar­at yang perlu dipatuhi sama ada oleh pemain mahupun jurulatih serta pengadil.

Secara kerap, kursuskurs­us mengenai kejurulati­han dan kepengadil­an telah banyak dianjurkan pelbagai pihak selain panganjura­n futsal itu sendiri.

Antara kursus yang diadakan adalah kursus jurulatih Futsal Level-O Viking Futsal dan lesen Futsal Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC).

Selain itu, kursus kepengadil­an turut dianjurkan untuk memastikan tidak kurang tenaga pengadilan khususnya bagi futsal.

Hasilnya, sehingga kini terdapat belasan pengadil yang bertauliah dalam memastikan sukan futsal terus hidup di Mukah.

 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Para peserta siri jelajah futsal Nebulae Amature Futsal Academy Sarawak (NAFAS) bersama Persatuan Futsal Australia (AFA) dalam satu sesi fotografi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi. Oleh Mohamad Achil...
RAKAM KENANGAN: Para peserta siri jelajah futsal Nebulae Amature Futsal Academy Sarawak (NAFAS) bersama Persatuan Futsal Australia (AFA) dalam satu sesi fotografi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi. Oleh Mohamad Achil...
 ??  ?? KENANGAN: Abdul Yakub (tiga kiri) menerima jersi daripada pihak AFA.
KENANGAN: Abdul Yakub (tiga kiri) menerima jersi daripada pihak AFA.
 ??  ?? JOHAN: Abdul Yakub (tiga kanan) menyerahka­n sijil penyertaan kepada pasukan AFA yang menjadi johan pada kejohanan futsal.
JOHAN: Abdul Yakub (tiga kanan) menyerahka­n sijil penyertaan kepada pasukan AFA yang menjadi johan pada kejohanan futsal.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Pengurus pasukan NAFAS Mukah Tanrapijan Serakawi (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Abdul Yakub ketika perasmian penutupan kejohanan futsal, baru-baru ini.
TERIMA KASIH: Pengurus pasukan NAFAS Mukah Tanrapijan Serakawi (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Abdul Yakub ketika perasmian penutupan kejohanan futsal, baru-baru ini.
 ??  ?? ROYSTON
ROYSTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia