Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja ditahan, kes pecah masuk tadika selesai

Polis berjaya memberkas suspek dalam serbuan di Kampung Bandong, rakan suspek sedang diburu

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Kes pecah masuk sebuah tadika di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini Ahad lalu berjaya diselesaik­an dengan tertangkap­nya seorang remaja lelaki tempatan, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya melancarka­n serbuan pada kira-kira jam 8 malam kelmarin ke atas sebuah rumah di Kampung Bandong dan berjaya menahan suspek yang berumur 21 tahun.

“Siasatan awal mendapati terdapat seorang rakan suspek yang masih bebas dan usaha mengesanny­a sedang dijalankan,” katanya.

Zailanni berkata, antara barangan yang dirampas ialah sebuah televisyen, satu unit monitor LCD, satu unit CPU, satu unit papan kekunci, tetikus dan dua unit fon telinga.

Jelas beliau, pada 17 Disember lalu satu laporan di- terima daripada pengadu yang mendakwa tadika tersebut telah dipecah masuk dan beberapa barangan hilang dipercayai dicuri.

Katanya, pasukan polis diketuai ASP Irwan Hafiz berjaya merampas kesemua barangan yang dilapor hilang selepas dipandu arah oleh suspek.

“Sebuah televisyen dirampas semasa tangkapan dilakukan, manakala beberapa barangan lain ditemui selepas dipandu arah oleh suspek ke lokasi lain.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan pecah masuk sebuah tadika di Jalan Tun Abang Haji Openg bersama seorang lagi rakan yang masih bebas dan sedang dikesan,” ujarnya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati terdapat seorang rakan suspek yang masih bebas dan usaha mengesanny­a sedang dijalankan. ACP Zailanni Amit Ketua Polis Daerah Sibu

 ??  ?? TUMPAS: Suspek remaja ditahan di sebuah rumah di Kampung Bandong malam kelmarin.
TUMPAS: Suspek remaja ditahan di sebuah rumah di Kampung Bandong malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia