Utusan Borneo (Sarawak)

Mengamuk di pusat hiburan, tiga direman empat hari

-

MIRI: Tiga lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan hingga mencederak­an seorang lelaki lain diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Prakash Raj dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Prakash memberitah­u, pada 17 Disember lalu, seorang lelaki telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 21, mendakwa sekitar jam 4.20 pagi hari sama, tiga lelaki masuk ke premis miliknya di Pusat Komersial Boulevard di sini lalu mengamuk.

Dua daripada lelaki terbabit masing-masing bersenjata­kan sebilah pisau kecil dan seorang lagi membawa botol yang telah dipecahkan.

Salah seorang pelanggan iaitu mangsa cedera di bahagian dada dalam kejadian itu.

Ketika kejadian, ketiga-tiga suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Bertindak atas maklumat diterima, pada hari sama, sepasukan polis yang melakukan Ops Cantas berjaya menahan tiga lelaki terbabit di Jalan Kwangtung di sini kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya, Prakash memberitah­u, reman empat hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ketiga-tiga suspek yang berusia 38, 40, dan 27 tahun masing-masing dari Petra Jaya, Kuching; Jalan Masjid, Sibu dan Siang-Siang Garden Jalan Airport di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes iaitu senjata yang digunakan dalam kes ini, justeru membebaska­n mereka lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut.

Zuraini membenarka­n reman empat hari ke atas ketiga-tiga suspek dan tempoh reman akan tamat pada 22 Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia