Utusan Borneo (Sarawak)

Cikgu Azizan dilepas tanpa dibebas daripada tuduhan

-

SEREMBAN: Mahkamah Majistret di sini semalam melepas tanpa membebaska­n Azizan Manap atau Cikgu Azizan atas pertuduhan mencederak­an muridnya Oktober lalu.

Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad memaklumka­n pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan kes itu.

Cikgu Azizan, 44, yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, dekat sini didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpuna­n sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Cikgu Azizan yang memakai baju kemeja lengan panjang warna biru, kelihatan sebak sebaik keputusan dibacakan Majistret Mohd Zaki.

Peguam tertuduh Francis Pereira ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, Cikgu Azizan dilepaskan kerana pihak pendakwaan memberitah­u mahkamah semalam bahawa berdasarka­n perkembang­an terbaharu, keputusan telah dibuat AGC menarik balik kes ini.

“Berdasarka­n kes itu, Majistret yang bersidang telah membebaska­n Cikgu Azizan,” katanya.

Beliau berkata keputusan untuk mendakwa atau keputusan untuk menarik balik sebarang pertuduhan adalah prerogatif AGC.

Pereira berkata sekiranya ibu bapa pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, mereka perlu membuat tindakan lain.

“Ini bukan kes sivil, ini kes berunsur jenayah jadi semua prerogatif adalah kepada peguam negara dan ia adalah hak peguam negara untuk menarik balik,” katanya.

Sementara itu, Cikgu Azizan yang ditemui pemberita mengucapka­n rasa bersyukurn­ya atas keputusan yang diputuskan mahkamah.

“Tak terkata, saya bersyukur, saya hargai dari lubuk hati saya, saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, khasnya para guru dan NUTP (Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia).

“Saya berterima kasih kepada semua yang hadir, yang di rumah, kepada yang mendoakan saya, dari Mekah pun ada.

“Saya hargai semua sokongan yang diberikan,” katanya. Cikgu Azizan turut berkata beliau memaafkan ibu bapa dan pelajar tersebut.

“Untuk anak murid saya pula, saya doakan dia berjaya suatu hari nanti dan menjadi anak yang baik,” katanya.

Dia dituduh di Mahkamah Majistret di sini, Oktober lalu, dan semalam sepatutnya menjadi hari pertama perbicaraa­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONGAN PADU: Cikgu Azizan (empat kiri) bersama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda (tiga kiri) selepas Mahkamah Majistret dekat Seremban semalam melepas tanpa membebaska­nnya daripada...
— Gambar Bernama SOKONGAN PADU: Cikgu Azizan (empat kiri) bersama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda (tiga kiri) selepas Mahkamah Majistret dekat Seremban semalam melepas tanpa membebaska­nnya daripada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia