Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah sebenar dijangka lebih banyak ekoran peningkata­n jumlah pusat komersial, industri, perumahan di Miri 75 rumah penginapan, hotel bajet beroperasi haram

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sebanyak 75 rumah penginapan dan hotel bajet didapati beroperasi secara haram di sekitar Miri termasuk kawasan komersial dan pinggir Miri.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, MBM percaya jumlah sebenar dijangka lebih banyak berikutan peningkata­n jumlah pusat komersial, industri dan perumahan.

“Malangnya sebahagian besar pengusaha rumah penginapan dan hotel bajet ini gagal mematuhi spesifikas­i keselamata­n kebakaran dan penggunaan tanah.

“Sehubungan itu, saya berharap pengusaha hotel bajet mematuhi garisan panduan yang ditetapkan MBM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Tanah dan Survei bagi memastikan premis mereka selamat didiami dan mematuhi undang-undang penggunaan tanah,” katanya semasa mempengeru­sikan sesi dialog bersama pengusaha rumah penginapan dan hotel bajet di MBM semalam.

Adam menambah, setakat ini hanya 15 pengusaha ho- tel bajet mendapat permit operasi dan enam pengusaha menerima sijil perakuan dari- pada bomba selepas didapati mematuhi garisan panduan.

“Tujuannya bagi memu- puk kesedaran untuk mengutamak­an keselamata­n penghuni termasuk pelancong dan orang awam selain membolehka­n pengusaha membuat persediaan mencukupi bagi mengelak berlaku kes kebakaran.

“Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabka­n pengusaha yang bersalah didakwa di mahkamah.

“MBM tidak mahu ini berlaku kerana ia memberi kesan buruk bukan hanya kepada pengusaha malah pekerja akan kehilangan pekerjaan,” kata Adam.

Semasa dialog didapati ramai pengusaha rumah penginapan dan hotel bajet tidak sedar keperluan pematuhan peraturan itu sebelum memulakan operasi.

Pertambaha­n kawasan industri, komersial dan perumahan menggalakk­an industri perhotelan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Sehubungan itu Adam berharap pengusaha tersebut menubuhkan persatuan dan mengadakan dialog dengan MBM dan agensi berkaitan bagi membincang­kan isu relevan demi pertumbuha­n industri perhotelan yang sihat dan mapan.

Malangnya sebahagian besar pengusaha rumah penginapan dan hotel bajet ini gagal mematuhi spesifikas­i keselamata­n kebakaran dan penggunaan tanah. Adam Yii Datuk Bandar Miri

 ??  ?? BANGKIT ISU: Adam Yii semasa mempengeru­sikan dialog bersama pengusaha rumah penginapan dan hotel bajet di Bilik Mesyuarat MBM petang semalam.
BANGKIT ISU: Adam Yii semasa mempengeru­sikan dialog bersama pengusaha rumah penginapan dan hotel bajet di Bilik Mesyuarat MBM petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia