Utusan Borneo (Sarawak)

MPC Wilayah Sarawak tetapkan 18 program baharu tahun depan

-

KUCHING: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak telah menetapkan 18 program baharu pada tahun depan dalam memantapka­n kecemerlan­gan tenaga kerja organisasi swasta dan awam.

Pengarah MPC Wilayah Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid berkata ia sejajar dengan usaha pihaknya untuk menjadi sebuah agensi yang cemerlang dan lestari.

“Ini untuk golongan pengurusan kanan, pengurusan pertengaha­n, bukan eksekutif dan pelaksana.

“Ia meliputi juga 59 program bagi tahap asas, saranan tahap satu, tahap tiga dan tahap lanjutan.

“Pelaksanaa­n program tersebut bakal memberi manfaat kepada peserta berpanduka­n kepada rangka kerja yang sistematik MBEF dengan pencapaian individu dan organisasi di dalamnya,” katanya ketika bercakap pada bengkel ‘Suppliers Engagement’ di pejabatnya semalam.

Tambahnya, dengan rangka kerja sistematik itu, ramai peserta mendapat pengiktira­fan Anugerah Kecemerlan­gan Industri (AKI) yang merupakan anugerah kecemerlan­gan perniagaan tertinggi negara daripada MITI.

Semua penerima AKI memperliha­tkan prestasi perniagaan yang memberansa­ngkan yang dapat dilihat daripada penerima Anugerah Kecemerlan­gan Industri Ketua Menteri Sarawak (CMIEA) 2017.

MBEF juga tegasnya, terbahagi kepada tujuh kriteria iaitu kepimpinan, perancanga­n, maklumat, pelanggan, pekerja, proses dan hasil.

Pada masa yang sama MPC Wilayah Sarawak bukan sahaja sebagai pelopor kepada program kecemerlan­gan perniagaan tersebut berpanduka­n kepada Rangka Kerja Kecemerlan­gan Perniagaan Malaysia (MBEF) malah turut mengamalka­nnya.

Semalam, pihaknya mengadakan bengkel tersebut sebagai inisiatif program kecemerlan­gan perniagaan MPC Wilayah Sarawak yang fokus kepada kriteria ‘6’ iaitu proses.

“Antara lain matlamat utama program itu juga untuk melahirkan sebuah pasukan kerja yang mantap, MPC Wilayah Sarawak dalam rantaian penyampaia­n perkhidmat­an tidak melakukann­ya bersendiri­an sebaliknya memerlukan bantuan sumber luar iaitu perunding dan pembekal luar.

“Kami mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas iaitu mahu melihat organisasi di Sarawak cemerlang dan menjadi penanda aras bagi Malaysia,” ujarnya.

MPC Wilayah Sarawak telah berjaya meraih keuntungan sebanyak RM1.2 juta hasil daripada program yang dijalankan pihaknya pada tahun ini dan mendapat kedudukan teratas berbanding semua agensi MPC di seluruh negara.

 ??  ?? PENJELASAN: Tengku Azmi ketika berucap pada bengkel ‘Suppliers Engagement’ yang diadakan di MPC Wilayah Sarawak semalam.
PENJELASAN: Tengku Azmi ketika berucap pada bengkel ‘Suppliers Engagement’ yang diadakan di MPC Wilayah Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia