Utusan Borneo (Sarawak)

KM dan isteri hadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Darul Hana

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Masjid Darul Hana di sini, malam kelmarin.

Pada majlis itu Ketua Menteri bersama isteri turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama penduduk yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Sarawak Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Majlis itu merupakan anjuran Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dengan kerjasama Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak, Jabatan Wanita dan Keluarga serta pertubuhan­pertubuhan wanita Islam.

Majlis itu dianjur bagi menyuburka­n rasa cinta dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menzahirka­n syiar Islam.

Selain itu, ia bertujuan menguatkan semangat perpaduan dan silaturahi­m dalam kalangan pertubuhan wanita Islam dan masyarakat setempat.

Antara pengisian majlis ialah persembaha­n zikir, solat berjemaah, tazkirah sempena Maulidur Rasul dan persembaha­n nasyid.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Muda UndangUnda­ng, Hubungan Negeri Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, bekas Imam Besar Masjid Negeri Ustaz Datuk Mohd Jorgi Suhaili dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? MOHON KEBERKATAN: Abang Johari bersama (dua kiri) Dr Hazland, Jorgi dan jemaah lain menadah tangan berdoa dipimpin Ustaz Mustapha Kamal.
MOHON KEBERKATAN: Abang Johari bersama (dua kiri) Dr Hazland, Jorgi dan jemaah lain menadah tangan berdoa dipimpin Ustaz Mustapha Kamal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia