Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Stakan komited lakukan perubahan dengan rombakan, pemilihan baharu AJK

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan komited untuk melakukan perubahan dengan rombakan dan pemilihan baharu ahli jawatankua­sa (AJK) pada mesyuarat agung tahunan cawangan berkenaan baru-baru ini.

Pengerusi SUPP Cawangan Stakan Sim Kiang Chiok mengesahka­n perkara tersebut dengan menyatakan bahawa walaupun cawangan tersebut baharu sahaja ditubuhkan pada 2016 namun pihaknya telah menampakka­n sedikit kejayaan dalam menyusun atur permintaan dan keperluan rakyat di kawasan itu.

“Kami berjaya membantu dalam bidang pencegahan jenayah melalui ceramah dan perkongsia­n dengan agensi dan jabatan kerajaaan yang berkaitan.

“Kerajaan telah banyak membantu rakyat dalam mengurangk­an kos sara hidup dan membantu mereka meningkat maju melalui pelbagai perkara dan sekarang ini rakyat sedang dalam penantian untuk melihat LRT dan tarif elektrik bagi tujuan komersial dan sebagainya.

“Bagaimanap­un, perjalanan tersebut masih lagi jauh dan SUPP Cawangan Stakan tetap bertekad untuk membantu golongan yang memerlukan agar jurang kehidupan dapat dikurangka­n di sini,” katanya.

Kepimpinan SUPP Cawangan Stakan turut memerlukan sokongan padu daripada rakyat untuk memberi kesan positif kepada pertumbuha­n sihat sosial dan ekonomi setempat.

Menerusi mesyuarat bagi 2018-2020 itu, Pengerusi Kehormat SUPP Cawangan Stakan adalah Datuk Sim Swee Yong, Penasihat Undang-Undang SUPP Stakan Mark Voon, Pengerusi SUPP Stakan Sim Kiang Chiok dan Timbalan Pengerusi SUPP Stakan Koh Jik Seng.

 ??  ?? PERUBAHAN: Sim Swee (lima kanan), Sim Kiang (empat kanan) bersama ahli jawatankua­sa SUPP Cawangan Stakan yang baharu sahaja dipilih baru-baru ini.
PERUBAHAN: Sim Swee (lima kanan), Sim Kiang (empat kanan) bersama ahli jawatankua­sa SUPP Cawangan Stakan yang baharu sahaja dipilih baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia