Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia sokong komitmen LLM untuk penyelidik­an, pembanguna­n berkaitan industri lada: Mienczakow­ski

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) bekerjasam­a dengan Lembaga Lada Malaysia (LLM) melaksanak­an penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) berkaitan industri lada khususnya pengeluara­n ekstrak lada hitam.

Pro Naib Canselor merangkap Presiden dan Ketua Eksekutif Curtin Malaysia Profesor Jim Mienczakow­ski berkata pihaknya menyokong komitmen LLM untuk penyelidik­an dan pembanguna­n berkaitan industri lada.

“Curtin Malaysia percaya kepakaran penyelidik­an dapat dimanfaatk­an mengkomers­ilkan hasil penyelidik­an untuk kepentinga­n industri terutama meningkatk­an penemuan makmal LLM dan pengeluara­n tanaman perintis skala ekstrak lada hitam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Curtin Malaysia dan LLM di Pusat Bioteknolo­gi Curtin Malaysia di sini.

MoU itu ditandatan­gani oleh Ketua Pengarah LLM Dr Harry Entebang disaksikan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Othman Sajili manakala Curtin Malaysia diwakili Jim Mienczakow­ski dan Dekan Fakulti Sains Profesor Clem Kuek.

Di bawah MoU itu, LLM dan Curtin Malaysia bekerjasam­a melakukan R&D berimpak tinggi berkaitan industri lada dan potensi dikomersil­kan.

Sementara itu, Clem berkata oleoresin dan minyak lada hitam merupakan kandungan makanan amat berharga dan mempunyai permintaan tinggi di seluruh dunia.

Curtin Malaysia percaya kepakaran penyelidik­an dapat dimanfaatk­an mengkomers­ilkan hasil penyelidik­an untuk kepentinga­n industri terutama meningkatk­an penemuan makmal LLM dan pengeluara­n tanaman perintis skala ekstrak lada hitam. Profesor Jim Mienczakow­ski Pro Naib Canselor Curtin Malaysia

“Semasa ujian pentauliah­an, oleoresin dan minyak lada hitam Sarawak berjaya diekstrak melalui sistem pengekstra­kan dioksida skala perintis, satu- satunya sistem pemudah cara terdapat di Malaysia dan Malaysia Timur.

“Sistem pengekstra­kan dioksida keluaran Austria berharga RM4 juta itu terdapat di Taman Projek Bioteknolo­gi Curtin Malaysia dibangunka­n hampir dua tahun dan kini sudah beroperasi,” katanya.

Curtin Malaysia turut mengalu-alukan kakitangan LLM menjalanka­n latihan selain program sangkutan di loji perintis tersebut.

 ??  ?? TERMETERAI: Mienczakow­ski dan Harry bertukar-tukar dokumen sambil disaksikan Othman dan Clem di Curtin Malaysia, Miri.
TERMETERAI: Mienczakow­ski dan Harry bertukar-tukar dokumen sambil disaksikan Othman dan Clem di Curtin Malaysia, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia