Utusan Borneo (Sarawak)

Ia diambil berbanding tunggu permohonan status kewarganeg­araan bagi mereka berusia 21 tahun ke bawah

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Jawatankua­sa Khas Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri akan turun padang mulai tahun depan untuk mengenal pasti status taraf kewarganeg­araan pelajar dan murid sekolah di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pendekatan itu diambil berbanding menunggu permohonan status kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n bagi mereka berusia 21 tahun ke bawah.

“Pada tahun 2018 akan ada usaha lebih agresif selain menerima permohonan bulanan masyarakat, jawatankua­sa JPN akan bekerjasam­a dengan Jabatan Pendidikan untuk turun padang.

“Ia bagi mengenal pasti kes murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah yang bukan warganegar­a dan status taraf kewarganeg­araan mereka belum dipastikan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A yang dihadiri Pengarah JPN Negeri Jasni Jubli di pejabatnya di sini, semalam.

Fatimah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A berkata, dengan langkah proaktif itu ia dapat membantu mengelakka­n pelajar atau murid berkenaan daripada tercicir persekolah­an kerana tidak mampu membayar yuran di bawah warganegar­a asing.

“Biasanya kes permohonan taraf kewarganeg­araan asing ini berlaku apabila ibu mereka bukan warganegar­a tetapi mempunyai hubungan dengan pasanganny­a yang merupakan rakyat tempatan.

“Disebabkan perkara itu anak-anak yang lahir di luar ikatan perkahwina­n akan terus mendapat status kewarganeg­araan mengikut si ibu melainkan pasangan berkenaan mempunyai hubungan perkahwina­n yang sah di negara ini, baharulah anak mereka mendapat status kewarganeg­araan Malaysia,” katanya.

Fatimah menegaskan, sejak jawatankua­sa diwujudkan sebanyak 12 mesyuarat telah diadakan dan jawatankua­sa menerima 224 permohonan serta dibincangk­an.

Katanya, pada 5 November lepas, beliau mengadakan taklimat bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk SeriAhmad Zahid Hamidi di Kuching, yang mengarahka­n agar kesemua permohonan di bawah Perkara 15A diselesaik­an pada 1 Disember.

“Pada 30 November iaitu sebelum tarikh berkenaan, Majlis Penyerahan Surat Kelulusan permohonan warganegar­a di bawah Perkara 15A peringkat negeri telah diadakan.

“Seramai 46 orang peneri- ma terdiri daripada pelbagai kaum, umur dan latar belakang sosial, jelas menunjukka­n kita amat mengambil berat terhadap masa depan anak-anak,” katanya.

Selain itu Fatimah berkata, jawatankua­sa yang berperanan menapis dan membuat semakan permohonan sebelum dikemukaka­n kepada Kementeria­n Dalam Negeri juga diberi mandat untuk permohonan di bawah Perkara 19 Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu taraf kewarganeg­araan yang berusia 21 tahun atau lebih.

Mengulas lanjut perancanga­n jawatankua­sa pada tahun depan, beliau berkata sistem pembanguna­n anak angkat secara dalam talian di Sarawak akan dilaksanak­an selewatlew­atnya Mac 2018.

“Dengan demikian semua pejabat JPN di negeri ini boleh mengeluark­an sijil lahir anak angkat melalui sistem dalam masa sehari.

“Jika proses mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dan keduadua pihak bersetuju maka tiada masalah dalam perkara ini, yang kita jangkakan dapat dilakukan dalam masa setengah jam,” kata Fatimah.

Sementara itu, majlis turut menyaksika­n pengumuman kejayaan yang dimenangi JPN Negeri termasuk Anugerah Khas Keselamata­n Perlindung­an 2016, Johan Keseluruha­n JPN Hari Bakat 2017, Anugerah Persekitar­an Berkualiti dan Perkhidmat­an Kaunter, Anugerah Ketua Menteri 2017 dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Pada tahun 2018 akan ada usaha lebih agresif, selain menerima permohonan bulanan masyarakat, jawatankua­sa JPN akan bekerjasam­a dengan Jabatan Pendidikan untuk turun padang. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? KUNJUNGAN: Jasni (empat kiri) dan ahli rombongan lain bersama piala pencapaian dimenangi JPN Negeri pada 2017 selepas mesyuarat bersama Fatimah (empat kanan), semalam.
KUNJUNGAN: Jasni (empat kiri) dan ahli rombongan lain bersama piala pencapaian dimenangi JPN Negeri pada 2017 selepas mesyuarat bersama Fatimah (empat kanan), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia