Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah kesihatan golongan muda kini membimbang­kan: Razi

-

BETONG: Menurut statistik yang direkodkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), sejak beberapa tahun lalu, semakin ramai golongan muda mudah diserang penyakit sehingga meragut nyawa.

“Penyakit tersebut kebanyakan­nya penyakit pembunuh nombor satu negara iaitu serangan jantung, darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang dan pelbagai lagi.

“Ramai golongan muda kita yang baharu berusia 30-an sudah menghidap penyakit seperti ini yang kesemua penyakit tersebut daripada pemakanan yang kita ambil seharian tanpa had,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohd Razi Sitam dalam ucapannya semasa merasmikan Konvensyen Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Bahagian Betong dekat sini, baru-baru ini.

Oleh yang demikian, kerajaan amat menggalakk­an rakyat tanpa mengira usia untuk sentiasa aktif dengan bersukan, bersenam dan beriadah bagi memastikan tubuh sentiasa sihat.

Menurutnya, ramai anggota masyarakat pada hari ini tidak mengambil berat tentang kesihatan diri, malah sering mengambil pemakanan tidak sihat dan berkoleste­rol tinggi.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar sentiasa menitikber­atkan aspek kesihatan diri.

“Sekiranya rakyat tidak menjaga pemakanan dan sentiasa mengamalka­n pemakanan berlemak, berkoleste­rol dan tidak sihat sudah pasti masyarakat kita mudah diserang pelbagai penyakit.

“Oleh yang demikian, kita harus menjalani pemeriksaa­n kesihatan dari semasa ke semasa untuk memastikan kita sentiasa sihat dan tidak diserang penyakit.

“Jangan hanya apabila kita sakit baharulah kita berjumpa dengan doktor mahupun berkunjung ke klinik atau hospital.

“Seharusnya, gunakan masa terluang untuk berkunjung ke klinik mahupun hospital menjalani pemeriksaa­n kesihatan, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat,” tambah beliau lanjut.

Dalam pada itu katanya, perkhidmat­an doktor udara kerap berkunjung ke rumah panjang dan kampung di kawasan luar bandar, justeru peluang sedemikian harus digunakan masyarakat setempat untuk menjalani pemeriksaa­n.

Hadir sama pada program berkenaan Ketua Penolong Pegawai Kanan NCD Dr Hasienti Hussein, Pegawai Kesihatan Bahagian Betong Dr Johnny Pangkas, Pegawai KEMAS Bahagian Betong Peggy Ann Iba Matu, Temenggung Piee Alwi serta yang lain.

Dalam pada itu, program berkenaan turut diselitkan dengan persembaha­n lisan dan persembaha­n poster.

 ??  ?? MESRA: Razi (dua kanan) melawat pameran yang diadakan sempena program berkenaan dekat Betong, baru-baru ini.
MESRA: Razi (dua kanan) melawat pameran yang diadakan sempena program berkenaan dekat Betong, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia