Utusan Borneo (Sarawak)

Ordinan Anak Angkat Sarawak perlu dipinda tangani pengambila­n anak angkat bukan warganegar­a

- Oleh Nick Fletcher

KOTA SAMARAHAN: Undang-undang tempatan sedia ada seperti Ordinan Anak Angkat Sarawak mungkin perlu dikaji semula atau dipinda untuk menangani isu pengambila­n anak angkat bukan warganegar­a oleh pasangan tempatan.

Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Sarawak Francis Johen Adam berkata walaupun isu tersebut tidak begitu serius di negeri ini namun ia perlu ditangani demi masa depan kanak- kanak terlibat, di mana kes seperti itu sudah wujud sejak sekian lama khususnya di kawasan luar bandar.

“Memang syarat sedia ada juga penting untuk kita melindungi hak Sarawak di mana kanak-kanak itu mesti ada pertalian dengan Sarawak sebelum diangkat, tetapi terpulang kepada kerajaan negeri untuk mengkaji se- mula undang- undang dan dasar sedia ada atau tampil dengan inisiatif lain bagi menangani masalah-masalah seperti ini.

“Bagi kami di SUHAKAM, ini merupakan hak asasi manusia di mana isu seperti ini kami tidak dapat elakkan dan kami akan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak lain untuk menanganin­ya dari semasa ke semasa dan mencari jalan penyelesai­an,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Hak Asasi Manusia Bersama SUHAKAM 2017 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam yang diadakan sempena sambutan Hari Hak Asasi Sedunia yang disambut pada 10 Disember setiap tahun.

Menurut Francis, pengambila­n anak angkat bukan warganegar­a oleh pasangan tempatan adalah tidak dibenarkan di bawah undangunda­ng tempatan sedia ada di Sarawak, di mana syarat ditetapkan dalam Ordinan Anak Angkat Sarawak bahawa kanak-kanak itu mesti ada pertalian dengan Sarawak.

Bagaimanap­un, katanya keadaan tersebut telah berlaku disebabkan wanita warga asing yang berpasanga­n dengan lelaki tempatan tetapi tidak mendaftark­an perkahwina­n, sehingga melahirkan anak di negeri ini.

Tambah beliau, kadangkada­ng anak yang dilahirkan itu diambil pasangan tempatan sebagai anak angkat, namun akhirnya kanak-kanak tersebut berhadapan masalah untuk mendapatka­n taraf kewarganeg­araan, kad pengenalan dan sijil lahir.

“Kanak- kanak tersebut mungkin boleh tinggal di sini tetapi usaha untuk mendapatka­n kewarganeg­araan Malaysia akan memakan masa yang panjang selain menyebabka­n mereka tidak dapat menikmati kemudahan persekolah­an dan perubatan,” katanya.

Terdahulu Francis berkata, isu hak asasi manusia yang menjadi antara perhatian utama SUHAKAM Sarawak adalah melibatkan kewarganeg­araan, kad pengenalan dan sijil kelahiran khasnya melibatkan kanak-kanak yang lahir di mana ibunya adalah warga asing namun bapanya rakyat Sarawak tetapi perkahwina­n tidak didaftarka­n.

Jelas beliau, keadaan seperti itu menyebabka­n taraf hak kanak-kanak tersebut menjadi tanda tanya.

“Kami tahu Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan agensi- agensi negeri telah bekerjasam­a untuk mengatasi masalah ini, tetapi usaha berterusan dan inisiatif perlu ditingkatk­an bagi menangani kes-kes seperti ini khususnya di luar bandar.

“Kami (SUHAKAM) juga ada menerima aduan mengenai masalah ini dan cuba membantu dari segi membuat sokongan dan memberi maklumat kepada keluarga tersebut,” katanya.

 ??  ?? TERJEJAS: Dr Yii meninjau kawasan Tabuan Dayak yang dilanda banjir kilat awal Isnin lepas.
TERJEJAS: Dr Yii meninjau kawasan Tabuan Dayak yang dilanda banjir kilat awal Isnin lepas.
 ??  ?? FRANCIS
FRANCIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia