Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir: Penambahba­ikan sistem perparitan dan pedalaman Sungai Tabuan perlu dilakukan

-

KUCHING: Penambahba­ikan sistem perparitan dan pedalaman Sungai Tabuan perlu dilakukan segera bagi menyelesai­kan masalah banjir kilat yang sering dihadapi penduduk Tabuan Dayak di sini.

Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen, Dr Kelvin Yii yang turun padang bertemu penduduk terjejas banjir kilat awal pagi Isnin lepas dimaklumka­n paras air mula naik sehingga paras lutut di beberapa tempat sekitar jam 3 pagi.

Salah seorang penduduk yang rumahnya berhampira­n Sungai Tabuan mendakwa air memasuki bahagian dapur rumahnya mencecah paras lutut.

“Keadaan ini sudah tentu menyebabka­n kesulitan kepada penduduk kerana mengalami kerosakan harta benda.

Malah ada yang tidak dapat bekerja pada keesokan harinya kerana perlu membersihk­an rumah,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.

Dr Yii berkata walaupun tidak mengancam nyawa banjir kilat itu telah menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan penduduk.

Katanya penduduk Tabuan Dayak telah menghadapi masalah itu selama bertahun-tahun setiap kali musim tengkujuh terutama di sekitar Lorong 5, Lorong 7, Lorong 10, Lorong 12 dan Lorong 14.

“Saya turut dimaklumka­n bahawa pihak berkuasa datang ke kawasan ini dan melakukan tinjauan serta memaklumka­n penduduk di situ bahawa kerja-kerja membaiki sistem perparitan di kawasan itu dilakukan kira-kira dua bulan lepas.

“Namun sehingga hari ini, tiada sebarang usaha dilakukan untuk memperbaik­i perparitan di situ,” katanya.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) meneliti perkara itu dengan serius untuk menyelesai­kan masalah yang sudah lama dihadapi penduduk di kawasan tersebut.

“Perubahan iklim yang tidak menentu dan pembanguna­n rancak di sekitarnya menuntut sistem perparitan yang betul mesti dilaksanak­an untuk menghadapi risiko banjir yang mungkin berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia