Utusan Borneo (Sarawak)

DAP lakukan audit dalaman, tapis calon PRU14: Chong

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak melakukan audit dalaman dan tapisan terhadap calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusin­ya Chong Chieng Jen berkata dalam pemilihan calon, DAP lebih memberi penekanan kepada aspek kebolehan dan kesanggupa­n untuk bertanding seterusnya berkhidmat sebagai wakil rakyat pembangkan­g.

“Kebolehan, kemampuan dan kesanggupa­n calon ditapis setiap hari yang turut merangkumi pencapaian dan kerja kerasnya. Setakat ini, caloncalon kita tiada masalah.

“DAP Sarawak khasnya mempunyai cara dalaman untuk menapis serta menentukan calon-calon kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP negeri di sini semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata, umum tidak boleh menggunaka­n kes ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon untuk menilai cara DAP memilih calon-calonnya.

“Kes Pujut (Dr Ting) lebih kepada undang-undang yang tidak jelas, tetapi beliau telah melakukan dengan baik seperti diharapkan, bekerja keras, dedikasi dari mula dipilih menjadi wakil rakyat hingga sekarang.

“Sama ada beliau layak menjadi ADUN kerana mempunyai dua kerakyatan sebelum ini, biar mahkamah yang membuat keputusan. Tambahan, tiada undangunda­ng yang jelas mengenai perkara ini,” ujarnya.

Chong juga tidak menolak kemungkina­n mencalonka­n ADUN dari parti itu bertanding pada PRU14 akan datang atas beberapa faktor.

Bagaimanap­un tegasnya, semua itu bergantung kepada situasi serta keperluan.

“Ramai yang enggan tampil menjadi calon pembangkan­g kerana ia melibatkan banyak pengorbana­n dan banyak per- tuduhan sedia menanti.

“Ada kalanya kita tiada pilihan melainkan memegang dua jawatan pada satu masa. Rata- rata pemimpin kita (DAP) memegang dua jawatan dan mereka berdepan banyak pertuduhan politik seperti saya,” katanya.

Mengenai persediaan DAP Sarawak menghadapi PRU14, Chong berkata calon-calon sudah dimuktamad­kan namun enggan memaklumka­nnya dengan alasan masih terlalu awal untuk beliau membuat pendedahan.

“Kita (DAP Sarawak) sentiasa bersedia untuk PRU14. Senarai calon juga sudah dimuktamad­kan.

“Perancanga­n umum kita terutama dari segi bilangan kerusi dipertandi­ngkan kekal seperti semasa PRU13,” katanya.

Pada PRU13 (2013) DAP bertanding di 10 kerusi iaitu Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia