Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi kekeluarga­an di Malaysia hari ini sedang mengalami perubahan dan peralihan drastik

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Ibu atau bapa berperanan amat penting terutama dalam menghadapi cabaran masa kini yang lebih canggih, mungkin menyumbang kepada pembinaan sahsiah anak-anak.

Presiden Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Kebangsaan Datuk Dr Aziz Ujang berkata, institusi kekeluarga­an di Malaysia hari ini sedang mengalami perubahan dan peralihan drastik.

Menurutnya, ia berlaku kesan daripada pembanguna­n globalisas­i dan industri yang sangat pesat.

“Impak daripada pembanguna­n ini telah mendedahka­n institusi keluarga kepada satu revolusi maklumat yang terbuka tanpa sempadan.

“Sedikit sebanyak, impak ini memberi kesan kepada sistem kekeluarga­an sehingga mampu merosakkan dan menentukan budaya sesebuah masyarakat,” katanya kepada Utusan Borneo, baru-baru ini.

Tambah Aziz, apa yang pasti gejala sosial daripada impak ini telah memberi kesan negatif bukan sahaja membabitka­n individu terlibat namun lebih parah ia menular ke dalam masyarakat.

Ia secara langsung telah menjadi halangan kepada pembentuka­n modal insan sebagaiman­a yang dimahukan kerajaan.

Katanya sekali gus fenomena berkenaan menjadi ancaman kepada keselamata­n fizikal dan mental, yang membangkit­kan kebimbanga­n keseluruha­n institusi keluarga di Malaysia.

Tambah Aziz, ibu bapa hari ini harus terlibat secara aktif dan proaktif sama ada dengan mendukung serta menyokong program-program keibubapaa­n anjuran kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MAPIM.

Sementara itu, Ketua Penerangan MAPIM Kebangsaan Omar Immun berkata, MAPIM memohon diberi kebenaran ruang bergerak lebih mudah dalam komuniti.

Pendekatan terbaik masa kini adalah NGO terus berjumpa dengan masyarakat agar objektif dan matlamat dapat disampaika­n dengan lebih berkesan.

“Kami telah melaksanak­an pelbagai program sebelum ini seperti Seminar Kecemerlan­gan Institusi Keluarga, Seminar Keibubapaa­n, Program Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Keluarga Tanggungja­wab Kita @ SEKATA, Kem Rakan Remaja Patriotik @ KRRP dan banyak lagi.

“Saya memohon untuk mendapat kerjasama lebih padu daripada semua pihak khususnya komuniti keibubapaa­n serta persatuan ibu bapa dan guru.

“Saya percaya bahawa majoriti ibu bapa berhasrat memastikan keluarga masingmasi­ng terus harmoni dalam kehidupan bermasyara­kat majmuk,” kata beliau.

Omar yang juga Yang Dipertua MAPIM Sarawak berkata, MAPIM konsisten menyokong usaha kerajaan dengan dasar-dasarnya dalam memperkuku­hkan institusi kekeluarga­an seperti Dasar Keluarga Negara, cuti bersalin, subsidi penjagaan anak, taska di tempat kerja, Dasar Rumah Pertamaku dan banyak lagi dasar yang dapat memperkuku­hkan institusi kekeluarga­an.

Sehubungan itu, MAPIM sentiasa membuka pintu kepada institusi dan pertubuhan lain untuk bekerjasam­a dengan mereka pada masa akan datang.

 ??  ?? SERONOK: Para penganut Kristian RC yang turut serta dalam perarakan berkenaan.
SERONOK: Para penganut Kristian RC yang turut serta dalam perarakan berkenaan.
 ??  ?? OMAR
OMAR
 ??  ?? AZIZ
AZIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia