Utusan Borneo (Sarawak)

Demi Baitulmuqa­ddis, ketepikan perbezaan, manifestas­ikan solidariti

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat pelbagai kaum, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya mengetepik­an perbezaan dan memanifest­asikan solidariti mempertaha­nkan Baitulmuqa­ddis dalam perhimpuna­n besar-besaran di Masjid Putra, di sini Jumaat ini.

Beliau berkata, perhimpuna­n tersebut dilihat sebagai pentas rakyat Malaysia untuk mempromosi­kan keamanan dan memperjuan­gkan Baitulmuqa­ddis.

“Kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kita menghormat­i hubungan dengan Amerika Syarikat. Namun apabila hak kota suci umat Islam diceroboh dengan hasrat untuk melenyapka­n sirah kota suci Islam, Kristian dan agama Yahudi Orthodoks asal ertinya rejim Israel cuba memadamkan sejarah.

“Sehubungan itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia, pemimpin politik dan NGO mengetepik­an perbezaan dan bersolidar­iti pada Jumaat ini,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata kirakira 10,000 orang dijangka hadir pada perhimpuna­n bagi membantah tindakan Amerika Syarikat mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi jawatankua­sa penganjur perhimpuna­n tersebut berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadualka­n hadir dan berucap pada perhimpuna­n itu.

Selain itu, beliau berkata pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) turut menyatakan persetujua­n untuk menghadiri perhimpuna­n berkenaan.

“Sehingga semalam, seramai 10,000 dijangka menghadiri perhimpuna­n berkenaan. Saya berharap jumlah ini akan terus bertambah untuk memberi dukungan dan sokongan kepada rakyat Palestin,” katanya.

Ahmad Zahid berkata program akan bermula pada 12 tengah hari dengan forum yang akan disertai enam ahli panel jemputan daripada pelbagai parti politik, diikuti khutbah Jumaat yang akan disampaika­n Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan disusuli solat Jumaat serta solat hajat untuk Baitulmuqa­ddis.

“Saya harap ini tidak dijadikan forum untuk menyuaraka­n perbezaan mereka, sebaliknya untuk menunjukka­n manifestas­i solidariti dan mengetepik­an perbezaan politik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia