Utusan Borneo (Sarawak)

Masih banyak projek infrastruk­tur perlu dilaksana, RS1 rancangan pembanguna­n lima tahun bandar dan luar bandar Sibu

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Rancangan Sibu 1 (RS1) mulai 2018 hingga 2022 dirancang bagi memaklumka­n kepada kerajaan pusat berhubung keperluan rakyat di Sibu.

Pengerusi RS1 Datuk Andrew Wong berkata, ini kerana masih banyak lagi projek infrastruk­tur asas yang perlu dilaksanak­an di sini.

“Kita kena beritahu kerajaan pusat di Semenanjun­g bahawa kita masih ada banyak lagi permintaan dan infrastruk­tur asas yang perlu dibuat di Sibu.

“Bekalan air dan elektrik, jalan raya, lampu jalan dan sebagainya perlu diberikan kepada anak Sarawak dan anak Sibu, kerana itu kita mesti ada satu rancangan iaitu RS1,” ujarnya semasa menghadiri Program Bersama Komuniti di sebuah restoran di sini, baru-baru ini.

Bekalan air dan elektrik, jalan raya, lampu jalan dan sebagainya perlu diberikan kepada anak Sarawak dan anak Sibu, kerana itu kita mesti ada satu rancangan iaitu RS1.

Program berkenaan turut dihadiri 300 penduduk dari Nanga Tutus, Sungai Sebedil dan Sungai Langup. Hadir sama Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Penghulu Richard Ampi, Penghulu Evelyn Holly Sebom, Timbalan Pengerusi RS1 Andrew Shilling serta pengerusi majlis Tuai Rumah Lidwina Mathew.

Menurut Andrew Wong, RS1 sama seperti Rancangan Malaysia di mana kerajaan semasa iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menjaga semua rakyat Malaysia, termasuk anak Sarawak dan anak Sibu.

“Kita kena beritahu kepada mereka (kerajaan) ini adalah keperluan dan permintaan kita,” ujarnya menjelaska­n matlamat RS1 diwujudkan.

Beliau turut mengulangi bahawa RS1 adalah rancangan pembanguna­n lima tahun untuk bandar dan juga luar bandar Sibu.

Andrew Wong juga berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk membawa lebih banyak pembanguna­n kepada Sibu sekiranya diberi peluang.

Sementara Andrew Shilling dalam ucapannya berkata, kawasan Sungai Sebedil telah menerima projek pembanguna­n bernilai RM2.8 juta sejak 2015 hingga 2017, terutama projek jalan raya.

“Ini tidak termasuk projek bekalan eletrik dan projek Jalan Tanjung Kibong, Tutus, Sebedil dan Kampung Bungan Kecil yang akan dilaksanak­an dengan kos RM100 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

“Projek pembinaan Dewan Sebedil juga telah dilaksnaka­n dengan kos RM500,000.

“Semua ini adalah atas usaha wakil rakyat kawasan ini iaitu Dato Sri Wong Soon Koh,” ujarnya.

Menyentuh mengenai kawasan Nanga Tutus, Andrew Shilling berkata, sejumlah RM1.8 juta telah diluluskan wakil rakyat bagi melaksanak­an projek pembanguna­n di kawasan tersebut sejak tiga tahun lepas.

Datuk Andrew Wong Pengerusi RS1

 ??  ?? BERSAMA KOMUNITI: Andrew Wong beramah mesra dengan para hadirin dengan diiringi Andrew Shilling (berdiri kanan).
BERSAMA KOMUNITI: Andrew Wong beramah mesra dengan para hadirin dengan diiringi Andrew Shilling (berdiri kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia