Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk di kawasan berisiko banjir digesa peka: Ahmad Lai

-

SIBU: Dalam usaha memberikan pendedahan antarabang­sa, Persatuan Cina Bersatu (UCA) Sibu akan menghantar seramai 24 pelajar sekolah yang diiringi guru bagi mengikuti Kem Musim Sejuk selama 11 hari, mulai 20 hingga 31 Disember.

Rombongan tersebut yang berlepas ke China hari ini diketuai Presiden UCA Sibu Kong Hian Khim.

Beliau berkata, lawatan tersebut akan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami budaya dan perkembang­an tahap sosioekono­mi masyarakat di sana.

“Jadi saya berharap, para pelajar juga menunjukka­n akhlak yang baik dan dalam masa yang sama memperkena­lkan budaya kita kepada masyarakat di sana.

“Ini kerana, kamu bukan sahaja mewakili bandar Sibu dan persatuan, malah Malaysia secara keseluruha­nnya,” katanya semasa berucap pada majlis ringkas sempena lawatan delegasi dari China di bangunan UCA, semalam.

Sementara itu dalam ucapannya, Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Fu Jijun berharap lebih ramai pelajar Malaysia menyambung pengajian tinggi mereka di China pada masa akan datang.

Beliau berkata, kerajaan China menyediaka­n biasiswa khas untuk pelajar Malaysia yang merancang untuk melanjutka­n pengajian mereka di universiti China.

“Bagi pelajar yang tamat sekolah menengah tahun ini, bolehlah mula membuat pencarian dan kajian di Internet mengenai kemudahan biasiswa yang kami tawarkan dan universiti-universiti yang ada di China,” katanya. MIRI: Ekoran cuaca tidak menentu ketika ini, penduduk yang tinggal di tanah rendah dan mudah banjir perlu peka dengan kenaikan paras air.

Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang berkata, usaha berwaspada sedemikian penting untuk mengelakka­n harta benda mereka musnah akibat bencana banjir.

“Beberapa kawasan rendah di Parlimen Sibuti mudah ditenggela­mi air dan kita berharap penduduk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia telah mengeluark­an amaran hujan lebat berserta angin kencang di bahagian Limbang dan Miri sehingga Rabu ini.

Beliau juga menasihati agar semua penduduk khususnya yang tinggal di sepanjang tebing sungai dan pesisiran pantai untuk sentiasa berjaga-jaga dengan fenomena alam ini.

“Bencana banjir dan angin kencang akan memusnahka­n harta benda, oleh itu penduduk perlu akur jika diarahkan berpindah ke kawasan selamat,” jelasnya.

Pada masa sama, orang ramai turut digesa mematuhi undang-undang jalan raya jika pulang ke kampung sempena Krismas.

Menurutnya, ketika ini projek pembinaan lebuh raya tanpa tol Pan Borneo sedang rancak dan kemungkina­n beberapa laluan akan menjadi sesak.

“Pemandu perlu mematuhi undang-undang jalan raya supaya pergerakan trafik berjalan lancar serta tidak terburu-buru memandu hingga membahayak­an nyawa mereka,” katanya.

Pemandu juga harus memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat untuk perjalanan jauh, selain mendapatka­n rehat yang mencukupi jika memandu jauh.

“Jika mengantuk, pemandu mesti berehat di kawasan terbuka dan ramai orang sebelum menyambung semula perjalanan mereka,” katanya.

 ??  ?? SELAMAT JALAN: Kong (enam dari kanan), Fu (tujuh kanan) dan beberapa ahli UCA Sibu merakam gambar kenangan bersama rombongan pelajar dan guru yang berlepas ke China hari ini.
SELAMAT JALAN: Kong (enam dari kanan), Fu (tujuh kanan) dan beberapa ahli UCA Sibu merakam gambar kenangan bersama rombongan pelajar dan guru yang berlepas ke China hari ini.
 ??  ?? AHMAD LAI
AHMAD LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia