Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh dan bakar empat sekeluarga disebut semula 25 Jan

-

KUALA LANGAT: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam menetapkan 25 Januari depan untuk sebutan semula kes bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat di sini, pada minggu lepas.

Majistret Mohd Isa Md Nor menetapkan tarikh itu bagi membolehka­n jurubahasa isyarat disediakan memandangk­an tertuduh, Kang Chang Heng, 38, tidak memberi sebarang respons ketika pertuduhan pertama dibacakan terhadapny­a.

Ini kerana tertuduh yang berasal dari Kluang, Johor, merupakan Orang Kelainan Upaya ( OKU) pekak dan bisu.

Kang yang hadir di mahkamah memakai baju-T kelabu dan berseluar kuning sepatutnya menghadapi empat pertuduhan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan mendatangk­an cedera mengikut Seksyen 324 Kanun sama.

Bagaimanap­un, sejurus jurubahasa mahkamah selesai membacakan pertuduhan pertama dan bertanyaka­n sama ada Kang memahami pertuduhan itu, tertuduh yang berbalut tangan kanan- nya tidak memberi sebarang respons dan hanya menundukka­n kepala.

Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali yang mengendali­kan pendakwaan kemudian memaklumka­n kepada mahkamah bahawa Kang merupakan OKU pekak dan bisu dan sehubungan itu memohon tarikh sebutan baharu bagi membolehka­n jurubahasa isyarat dilantik dan menterjema­hkan kesemua pertuduhan terhadap tertuduh.

Mohd Isa membenarka­n permohonan tersebut dan memerintah­kan seorang jurubahasa isyarat yang sesuai disediakan pada 25 Januari depan.

Mengikut pertuduhan yang sempat dibacakan terhadapny­a, Kang yang merupakan pekerja sebuah kilang perabot di Kepong, Kuala Lumpur didakwa membunuh Chia Tee Nang, 73, di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, antara pukul 4 hingga 5 pagi, 13 Disember lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan, Tee Nang dan tiga anggota keluargany­a dibunuh sebelum dibakar di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat.

Turut terkorban ialah isteri Tee Nang, Lim Mai Shak, 68, dan dua cucu lelaki mereka, Ryan Chia, 9 dan Chia Yuan Bin, 3. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BICARA: Kang yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu dihadapkan di Mahkamah Majistret dekat Kuala Langat, semalam, selepas terbabit dalam kes bunuh dan bakar empat keluarga kekasihnya di sebuah rumah di Tanjung Sepat pada 13 Disember...
— Gambar Bernama BICARA: Kang yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu dihadapkan di Mahkamah Majistret dekat Kuala Langat, semalam, selepas terbabit dalam kes bunuh dan bakar empat keluarga kekasihnya di sebuah rumah di Tanjung Sepat pada 13 Disember...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia