Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh dipenjara 11 bulan miliki dadah

-

KUALA LUMPUR: Seorang buruh dihukum penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang semalam atas dua pertuduhan menggunaka­n dadah dan memiliki dadah yang disorokkan dalam kotak rokok pada Ogos lepas.

Majistret Haslinda A.Raof menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Rohaizat Abdullah, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Rohaizat didakwa memiliki dadah jenis heroin dan Monoacetyl­morphines seberat 0.10 gram di sebuah rumah di Jalan AU 1A/2A, Taman Keramat di sini pada 2.50 pagi, 13 Ogos lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga 100,000 atau kedua-duanya.

Mohd Rohaizat turut dituduh menggunaka­n dadah iaitu Methamphet­amine dan Amphetamin­e di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, di sini pada 4.05 petang, tarikh yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak melebihi tiga tahun.

Tertuduh dihukum penjara lapan bulan bagi pertuduhan itu dan pengawasan polis selama dua tahun.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani kesemua hukuman penjara secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 Ogos lepas.

Mengikut fakta kes, anggota polis menyerbu sebuah rumah dan menemui tertuduh sedang berbaring di atas katil ddalam salah satu bilik rumah itu.

Pemeriksaa­n fizikal ke atas tertuduh tidak menemui apa-apa barang salah namun pemeriksaa­n lanjut di dalam bilik itu membawa kepada penemuan sekotak rokok di bawah katil dan di dalamnya disorokkan satu tiub penyedut minuman berisi ketulan dan serbuk mengandung­i dadah.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon hukuman setimpal bagi mengelak tertuduh mengulangi kesalahan sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia