Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki termasuk bapa saudara didakwa bunuh remaja

-

MELAKA: Tiga lelaki termasuk bapa saudara didakwa di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, awal bulan ini.

J. Visvanatha­n, 32; K. Shanmugana­than, 35; dan N. Thiagu, 38, didakwa bersama- sama membunuh pelajar tingkatan empat, M. Arunasalam, di bengkel membaiki lori di Lot 5194, Jalan PK 42, Kawasan Perindustr­ian Krubong di sini, antara 5 petang dan 8 malam, 4 Disember lepas.

Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh di hadapan Majistret Norina Maludin, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan 17 Jan depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan ketiga-tiga tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Udang.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria manakala Shanmugana­than diwakili peguam Mathan Anandaram dan dua lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan satu klip video tular sejak awal Disember ini, memaparkan mangsa dari Tangkak, Johor dalam keadaan tidak berbaju, dipercayai dipukul beberapa individu menggunaka­n getah paip dan kayu.

Remaja itu yang didakwa ditemukan dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri di sebuah perhentian bas di Ayer Keroh oleh dua individu, dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KES BERAT: (Dari kanan) K. Shanmugana­thanJ. Visvanatha­n dan N.Thiagudida­kwa di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh dekat Melaka, semalam atas pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, awal bulan ini.
— Gambar Bernama KES BERAT: (Dari kanan) K. Shanmugana­thanJ. Visvanatha­n dan N.Thiagudida­kwa di Mahkamah Majistret di Ayer Keroh dekat Melaka, semalam atas pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, awal bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia