Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai ‘Run for the Wild’ serentak bersama 451 orang di 35 negara, demi kesedaran tentang orang utan, jerung, pari

-

KUCHING: Lebih 300 orang menyertai acara larian ‘Run for the Wild’ yang diadakan serentak bersama 451 orang di 35 negara, yang menyokong pemulihara­an orang utan, jerung dan ikan pari, di Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak).

Acara anjuran bersama Swinburne dan Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar Malaysia ( WCS Malaysia) dengan kerjasama Pusat Kepelbagai­an Biologi (SBC) itu merupakan ‘Run for the Wild’ tahun ketiga.

Seramai 53 pelajar universiti itu menawarkan diri untuk menjadi sukarelawa­n dalam memastikan acara merangkumi kategori lima kilometer dan 10 kilometer berkenaan berjalan lancar.

Pengarah WCS Malaysia Dr Melvin Gumal berkata, beliau berbesar hati apabila program itu menerima sambutan menggalakk­an seluruh dunia sebagai sokongan ke atas kerja pemulihara­an.

“Kami berharap kesedaran mengenai pemulihara­an hidupan liar terus ditanam di kalangan masyarakat dan kami ingin merakam penghargaa­n kepada penyokong kami dan juga di seluruh dunia kerana meluangkan masa meraikan hidupan liar bersama-sama kami,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sesiapa yang berminat menyokong pemulihara­an orang utan, jerung dan ikan pari, boleh mendaftar sebagai pelari maya sebelum 31 Disember di http://www. runforthew­ildmalaysi­a.com/ virtual-runner/.

Program WCS Malaysia berpangkal­an di bandar raya ini, dan mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Pahang, Johor dan Kuala Rompin di Semenanjun­g Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai WCS Malaysia, layari https://malaysia.wcs.org/ atau laman Facebook https:// www. facebook. com/ WCS. Malaysia/ untuk maklumat terbaharu.

Untuk keterangan lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari laman web www.swinburne.edu.my), Facebook (@ swinburnes­arawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau saluran YouTube (Swinburne Sarawak).

Kami berharap kesedaran mengenai pemulihara­an hidupan liar terus ditanam di kalangan masyarakat dan kami ingin merakam penghargaa­n kepada penyokong kami dan juga di seluruh dunia kerana meluangkan masa meraikan hidupan liar bersama-sama kami. Dr Melvin Gumal Pengarah WCS Malaysia

 ??  ?? BERTEMU SEMULA: Alumni St Joseph kelas 1987 bergambar beramai-ramai.
BERTEMU SEMULA: Alumni St Joseph kelas 1987 bergambar beramai-ramai.
 ??  ?? SOKONG PEMULIHARA­AN: Komuniti Swinburne merakam kenangan dengan seni setinggi 12 kaki yang diperbuat daripada serpihan sisa marin.
SOKONG PEMULIHARA­AN: Komuniti Swinburne merakam kenangan dengan seni setinggi 12 kaki yang diperbuat daripada serpihan sisa marin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia