Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam KLIA rampas 20.4 tan mercun dan bunga api

-

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( JKDM) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya merampas 20.4 tan mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM825,714 dalam serbuan di Batu Arang, Rawang.

Penolong Ketua Pengarah Kastam ( Penguatkua­saan) JKDM Datuk Azimah Abd Hamid berkata, rampasan mercun dan bunga api melibatkan duti/cukai sebanyak RM462,399.

Bertindak atas maklumat risikan bersempena pelaksanaa­n Ops Krismas, beliau berkata pasukan kastam Bahagian Penguatkua­saan KLIA yang dibantu Pasukan Cobra membuat serbuan di tiga buah stor di Batu Arang pada 13 Disember lalu.

“Rampasan mercun dan bunga api di tiga buah stor dipercayai dibawa masuk dari China untuk pasaran di Lembah Klang bersempena perayaan Tahun Baharu Cina pada Februari tahun depan.

“Dalam serbuan tersebut, pasukan ini juga merampas sejumlah 1,225 liter minuman keras dari pelbagai negara yang dianggarka­n bernilai RM17,133melibat­kan duti/ cukai sebanyak RM70,697,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Azimah berkata, seorang lelaki warga Bangladesh berumur 25 tahun yang merupakan penjaga di sebuah stor itu ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 iaitu terlibat dalam berurusan dengan barang-barang belum lulus kastam dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang.

Bagi barang-barang tidak berkastam seperti minuman keras, beliau berkata jika disabiut kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada dua kali ganda nilai barang itu atau RM10,000 atau amaun mana yang lebih besar.

“Orang ramai diseru memberi kerjasama kepada JKDM menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an dadah dan barangan seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubung­i talian bebas tol Kastam 1-800-888855.

“JKDM memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiaka­n dan pemberi maklumat berdaftar akan diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai bagi setiap maklumat yang berjaya menghasilk­an kes,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia