Utusan Borneo (Sarawak)

Polis pergiat operasi perangi kongsi gelap

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata polis akan mempergiat operasi dan tindakan memerangi kegiatan kongsi gelap di negara ini.

Pasukan Tindakan Khas Antimaksia­t, Judi dan Gengsteris­me ( STAGG) Bukit Aman akan bertindak mempergiat operasi mencegah dan membantera­s kegiatan ini, katanya.

“Pihak polis akan terus mengambil tindakan terhadap semua kumpulan kongsi gelap,…polis sedang melakukann­ya ( perang terhadap kongsi gelap).

“Tiada hari tanpa operasi,” kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang media selepas perhimpuna­n bulanan warga kementeria­n itu di sini semalam.

Beliau berkata tindakan perundanga­n akan diambil terhadap mana-mana pertubuhan haram sama ada yang melanggar Akta Pertubuhan 1966 atau akta-akta lain.

Timbalan perdana menteri berkata demikian semasa mengesahka­n kejadian pembunuhan seorang lelaki di stesen minyak di Jalan Sri Pe- langi, Taman Pelangi, Johor, Ahad lalu berpunca daripada perselisih­an dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata, mangsa yang berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam dan dilanggar menggunaka­n sebuah kereta jenis BMW oleh sekumpulan empat lelaki dikenal pasti ketua kumpulan kongsi gelap.

“Pihak polis sedang giat menjejaki dan memburu keempat-empat lelaki berkenaan. Mereka tidak akan terlepas daripada tindakan polis.

“Kita yakin terdapat perselisih­an antara dua kumpulan kongsi gelap tersebut. Siasatan terperinci akan dilakukan,” kata Ahmad Zahid.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat serta Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Timbalan perdana menteri berkata, dalam pada itu polis bersiap siaga terhadap tindakan balas dendam kumpulan-kumpulan kongsi gelap itu.

“Polis sentiasa bersiap siaga melakukan operasi dan mengambil tindakan jika ada pembalasan antara kumpulan kongsi gelap berbeza.

“Itu adalah budaya mereka,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata polis telah mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes bunuh berkenaan dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunaka­n sebuah kereta oleh sekumpulan empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20- an dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.

Mangsa dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat- empat lelaki tersebut melarikan diri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Ahmad Zahid berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Ahmad Zahid berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia