Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan 146 individu terlibat sindiket ‘Macau Scam’

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia ( PDRM) menahan 146 individu pada 12 Dis lepas kerana disyaki terlibat sindiket penipuan ‘Macau Scam’ dan perjudian dalam talian dengan jumlah kerugian dianggarka­n RM13 juta.

Mereka ditahan dalam serbuan dijalankan di sembilan lokasi sekitar Lembah Klang yang melibatkan 71 suspek dan dua lokasi di China iaitu Guangdong dan Yunnan melibatkan 75 suspek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit (JSJK) Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 30 sehingga 45 tahun itu adalah hasil kerjasama JSJK dengan polis China.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama enam bulan di Malaysia dan China.

“Modus operandi mereka adalah dengan membuat panggilan kepada mangsa menggunaka­n platform VOIP (Voice Over Internet Protocol) dan menyamar sebagai pegawai dari institusi kewangan untuk memperdaya mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Amar Singh berkata, mangsa yang terperdaya selepas menerima panggilan itu akan menghubung­i semula nombor telefon suspek untuk memasukkan wang ke dalam bank akaun tertentu milik suspek.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas antaranya 60 telefon bimbit, 36 pasport, enam penghala (router) yang berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan dan lima tablet.

“Kesemua suspek direman selama 14 hari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Imigresen,” katanya.

Dalam kes berasingan, Amar Singh berkata JSJK berjaya menahan enam individu tempatan kerana disyaki terlibat perjudian dalam talian di Kuchai Entreprene­urs Park di sini.

“Mereka dipercayai telah bergiat aktif selama dua tahun serta menggunaka­n modus operandi dengan menghantar jemputan di media sosial seperti Facebook atau WeChat untuk menarik orang ramai.

“Selain itu, mereka juga mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM300,000 setiap bulan hasil daripada judi dalam talian itu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Amar Singh (tengah) menunjukka­n barang rampasan ketika sidang media berkaitan kejayaan Operasi Macau Scam di Menara KPJ dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Amar Singh (tengah) menunjukka­n barang rampasan ketika sidang media berkaitan kejayaan Operasi Macau Scam di Menara KPJ dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia