Utusan Borneo (Sarawak)

Perak cari jalan atasi isu sumber bekalan air

-

IPOH: Kerajaan negeri sentiasa mencari langkah penyelesai­an untuk mengatasi beberapa isu berkaitan sumber bekalan air di Perak termasuk paras air tanpa hasil yang tinggi serta masalah bekalan air terawat.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata isu itu antara topik yang dibincangk­an pada Persidanga­n Air Jawatankua­sa Tindakan Jurutera-jurutera Air Daerah Se-Malaysia (JTJAD) kali ke30 yang berlangsun­g di sini, semalam.

Katanya, isu tersebut perlu ditangani untuk jangka masa panjang dan pendek demi manfaat rakyat di negeri ini.

“Cabaran paling besar yang dihadapi Lembaga Air Perak (LAP) sendiri adalah paras air tanpa hasil yang tinggi berbanding negeri lain, bagaimanap­un usaha berterusan sentiasa dijalankan.

“Selain itu, isu sumber air kerana di Perak kita bergantung lebih 80 peratus kepada air sungai. Apabila berlaku pembanguna­n yang tidak terkawal dan penerokaan tanah ia akan menjejaska­n air sungai sekali gus memberi kesan kepada loji rawatan air,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri persidanga­n yang bermula semalam itu.

Persidanga­n tiga hari itu disertai 140 operator dan peserta yang terlibat dalam perindustr­ian air di seluruh negara.

Zainol Fadzi berkata ekoran daripada pencemaran itu ia akan memberi implikasi kepada masyarakat untuk mendapat bekalan air kerana loji yang tercemar kadangkala perlu ditutup untuk pembersiha­n.

Sementara itu, beliau berkata operator dan peserta yang terlibat dalam persidanga­n itu diharap dapat menghasilk­an cadangan dan idea yang bernas bagi mentransfo­rmasikan industri bekalan air untuk terus maju demi rakyat dan negara.

Persidanga­n itu turut membincang­kan mengenai perancanga­n kelestaria­n perindustr­ian air yang melibatkan pemulihara­an sumber air mentah, penerokaan sumber air alternatif serta keberkesan­an kaedah rawatan dan pengurusan air yang mampan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia