Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Kesihatan Kelantan rampas 65 liter air zamzam

-

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merampas 65 liter air zamzam bernilai RM2,249 dalam operasi di 45 premis perniagaan di seluruh negeri ini sejak 13 Dis lepas hingga kelmarin.

Pengarahny­a Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata operasi itu dilakukan selepas kerajaan Arab Saudi melarang penjualan air zamzam, yang diragui ketulenan dan keselamata­nnya, kepada pengguna di mana-mana premis termasuk kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negara sebelum ini.

“Kerajaan Arab Saudi hanya membenarka­n pengedaran air zamzam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendiri­an dalam kuantiti terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.

“Sehubungan itu, penjualan air zamzam tidak dibenarkan di Malaysia dan operasi pemeriksaa­n akan terus dijalankan secara berkala,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, air zamzam diperoleh daripada bawah tanah dan dikategori­kan sebagai air mineral semula jadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, PeraturanP­eraturan Makanan 1985.

“Pengimport­an air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi daripada pengekspor­t.

“Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, manamana orang yang disabitkan kesalahan menjual air zamzam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ahmad Razin berkata pihaknya amat peka dan prihatin terhdap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan akan membuat pemantauan dan penguatkua­saan secara berterusan.

Pengguna boleh membuat aduan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menerusi laman sesawang di http://jknkelanta­n.moh. gov.my/v3/ atau laman sosial Facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Kelantan di http:// www. facebook.com/lihathidur­asa jika mendapati masih terdapat penjualan air zamzam di pasaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia