Utusan Borneo (Sarawak)

Hadiah sebelum menjalani pembedahan di IJN

-

KUALA LUMPUR: “Pemberian hadiah ini sungguh bermakna buat anak saya yang akan menjalani pembedahan jantung untuk kali keempat dalam minggu ini,” kata Albe Qiswati Hamzah, 40, Ibu kepada seorang kanak-kanak pesakit jantung dan Sindrom Down.

Anaknya, Ahmad Mohd Nasir, berusia setahun, yang menghidap masalah jantung berlubang dan injap bocor sejak lahir kelihatan ceria semalam menerima hadiah beg dan alat permainan daripada Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC) dan McDonald’s Malaysia anjuran Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).

Albe Qiswati, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan itu berkata anak kelimanya itu kini disyaki jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan kali ketiga pada November lalu.

“Saya rasa terharu den- gan lawatan dan pemberian hadiah daripada Yayasan IJN dan McDonald walaupun dengan kondisi anak saya pada ketika ini kurang sihat tetapi hari ini (semalam) dia nampak gembira dengan kedatangan mascot McDonald,” katanya kepada Bernama di IJN di sini.

Sementara itu, Nuruddin Amin Ezani, 28, bapa kepada pesakit jantung kongenital, berkata anaknya, Nur Arrisa Nurruddin Amin, 5, telah menjalani rawatan di IJN sejak berumur satu bulan.

Nurruddin Amin yang berasal dari Johor berkata anaknya yang mengalami masalah kedudukan jantung terbalik telah menjalani rawatan pembedahan buat kali kedua di IJN.

“Hari ini (semalam) anak saya akan membuat pemeriksaa­n doktor untuk menetapkan kondisi terkini di mana dia sepatutnya menjalani pembedahan kecil dalam bulan ini.

“Namun berat badan Arrisa kini tidak mencukupi doktor menjangkak­an pembedahan akan dibuat ketika umurnya 10 tahun nanti,” katanya.

Menurut Nurruddin Amin, anaknya berasa gembira mendapat hadiah beg dan peralatan sekolah daripada penganjur kerana Arrisa akan memulakan sesi prasekolah­nya pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, RMHC buat julung kalinya pada tahun ini melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bersama IJN bagi menceriaka­n kanakkanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung bersempena Krismas tidak lama lagi.

Bendahari RMHC, Daniel Chan berkata, seramai 60 kanak- kanak semalam menerima hadiah daripada RMHC dan McDonald seperti beg sekolah, peralatan tulis, makanan, dan alat permainan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia