Utusan Borneo (Sarawak)

Everton kekalkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian Allardyce benam Swansea 3-1 di Goodison Park

-

LIVERPOOL, England: Gol cantik Gylfi Sigurdsson ke atas bekas kelabnya memastikan Everton mengekalka­n rekod tanpa kalah sejak di bawah kendalian Sam Allardyce apabila menewaskan Swansea City 3-1, sekali gus mengekalka­n Swansea di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Pemain antarabang­sa Iceland berusia 28 tahun itu meninggalk­an Swansea untuk rekod perpindaha­n 45 juta pound pada penutup musim dan rembatan jarak jauh beliau menunjukka­n kenapa Everton terdesak untuk mendapatka­n khidmatnya.

Dominic Calvert-Lewin, dengan gol ketujuh beliau dalam semua pertanding­an, mengikat kedudukan buat Everton selepas Leroy Fer membuka jaringan buat Swansea untuk gol pertama beliau dalam 38 perlawanan.

Wayne Rooney menjaringk­an gol ketiga dari satu tendangan penalti – dengan tendangan penalti awal beliau ditepis penjaga gol tetapi bola muntah disempurna­kan Calvert-Lewin – untuk gol ke-10 beliau musim ini.

Kemenangan melonjak Everton ke tangga kesembilan – satu perbezaan ketara apabila berada dalam zon penyingkir­an pada 23 Oktober – dan belum tewas dalam lima perlawanan di bawah kendalian Allardyce.

“Dalam perlawanan, anda memerlukan sesuatu yang istimewa dan Gylfi memberikan­nya,” kata Allardyce.

“Selepas itu, kami lebih selesa dalam padang.

“Ia tiga mata yang hebat jika melihat betapa buruk permainan kami dalam separuh masa pertama.”

Swansea, yang tewas sem- bilan perlawanan di tempat lawan berturut- turut dan hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir, empat mata dari zon selamat.

“Suasana dalam bilik persalinan sangat hambar,” kata pengurus Swansea, Paul Clement ketika memberitah­u penyiaran BBC.

“Kami di tangga terbawah dengan 12 mata. Kami akan memberi f o k u s u n t u k mengutip 15 mata pada pertengaha­n musim.”

Swansea mengalami kekecewaan awal apabila penyerangn­ya, Wilfried Bony mengalami kecederaan dan terp a k s a

 ?? — Gambar Reuters — Gambar AFP ?? Allardyce ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan liga di Goodison Park, Liverpool Isnin lepas. JARINGAN CANTIK: Sigurdsson ( tidak kelihatan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua Everton pada perlawanan liga...
— Gambar Reuters — Gambar AFP Allardyce ketika menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan liga di Goodison Park, Liverpool Isnin lepas. JARINGAN CANTIK: Sigurdsson ( tidak kelihatan) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kedua Everton pada perlawanan liga...
 ??  ?? TENANG:
TENANG:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia