Utusan Borneo (Sarawak)

Thiago Silva sedia beraksi pada perlawanan terakhir tahun ini

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Unai Emery berharap kapten pasukan, Thiago Silva akan kembali dari kecederaan untuk perlawanan terakhir kelab tahun ini dengan menanti kunjungan Caen hari ini sebelum Ligue 1 Perancis berehat musim sejuk.

Pemain antarabang­sa Brazil itu tidak beraksi buat PSG sejak mengalami kecederaan ketika tewas 1-3 kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara dua minggu lepas tetapi sudah kembali berlatih sepenuhnya dan mungkin akan diturunkan menggantik­an Presnel Kimpembe yang digantung perlawanan.

“Saya percaya dan berharap, seperti Thiago Silva dan doktor, di mana beliau akan dapat beraksi,” kata Emry Isnin lepas ketika PSG mahu mengekalka­n rekod tanpa kalah di Parc des Prince di bawah kendaliann­ya.

Selepas perlawanan hari ini, pendahulu Ligue 1 itu akan berehat 18 hari sebelum menentang Rennes dalam aksi Piala Perancis pada 7 Januari.

Tetapi dengan PSG mahu m e n g i m - b a n g i kedudukan kewangan ekoran pembelian Neymar dan Kylian Mbappe, bulan Januari mungkin sangat sibuk dalam pasaran perpindaha­n. Emery sudah bercakap tentang kemungkina­n Lucas Moura dan Hatem Ben Arfa meninggalk­an kelab sementara Javier Pastore dan Angel Di Maria juga terus dikaitkan dengan perpindaha­n n ke kelab lain. PSG ada a terfikir untuk mendapatka­n p e m a i n t e n g a h bertahan u n t u k menggan- tikan Thiago go Motta yang cedera tetapi pengarah engarah sukan kelab, Antero Henrique menolak sebarang pembelian lain ketika ini. “Sekarang ini, kami tidak mempunyai keperluan untuk mencari pemain. Satu peluang mungkin sentiasa ada tetapi ketika ini, ia tidak,” kata Henrique ketika memberitah­u akhbar Le Parisien. Caen belum menang dalam empat perlawanan menjelang kunjungan ke PSG – dengan 11 gol mereka adalah rekod kedua paling buruk di Perancis walaupun PSG dan Montpellie­r mempunyai rekod lebih baik di benteng pertahanan. Neymar beraksi cemerlang selepas kemb a l i berak- si ketika menewaskan Rennes 4-1 Sabtu lepas, setelah tidak beraksi menentang Lille kerana penggantun­gan dan Strasbourg kerana masalah keluarga.

PSG bagaimanap­un tidak akan dapat menurunkan Marco Verratti dan Dani Alves kerana penggantun­gan. Monaco, di tangga, yang k ketinggala­n semb sembilan mata di belakang P PSG, akan memburu k e m e - n a n g a n keempat berturuttu­rut men e n t a n g R Rennes di Sta Stade Louis II, d di mana jurulatihn rulatihnya, Leonardo Jardim membina semula skuad yang memenangi kejuaraan liga musim lepas.

“Saya bersemanga­t dengan projek ini, ia seperti projek saya,” kata Jardim. “Ia adalah musim keempat saya di sini. Saya bersemanga­t tetapi dalam masa yang sama bersikap realistik. Saya percaya kami boleh berjaya dengan projek ini.

“Cabaran lain ditawarkan kepada saya tetapi saya tidak berminat kerana saya teruja dengan projek di sini. Saya gembira bekerja di sini. Saya akan meneruskan tugas walaupun jika saya tidak tahu apa masa depan saya.

Pada perlawanan lain, Lyon, yang berkongsi mata dengan Monaco tetapi di tangga ketiga kerana perbezaan gol, akan bertandang ke Toulouse dan mahu mengekalka­n saingan di kelompok teratas.

Marseille akan bertandang ke Troyes sementara Nice akan beraksi menentang Lille tanpa Mario Balotelli yang digantung perlawanan. — AFP TOKYO, Jepun: Bekas jurulatih kebangsaan Australia, Ange Postecoglo­u, yang meletak jawatan walaupun membimbing Australia ke Piala Dunia 2018, akan menjadi jurulatih kelab Yokohama F-Marinos di Jepun musim hadapan, menurut pengumuman kelab semalam.

Postecoglo­u akan menggantik­an Erick Mombaerts, yang berkata pada awal bulan November di mana beliau akan meninggalk­an Liga J (Jepun) pada akhir musim untuk kembali ke Eropah.

“Saya teruja untuk berpindah ke Jepun dan kembali ke pengurusan kelab bola sepak,” kata jurulatih berusia 52 tahun itu dalam satu kenyataan sambil menambah beliau paling tidak sabar untuk bekerja dengan pemain muda di kelab baharunya.

Yokohama F- Marinos dimiliki sebahagian oleh Kumpulan Bola Sepak City (CFG), yang juga memiliki kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City, New York City (Liga Bola Sepak Utama di Amerika), Melbourne City (Australia) dan Atletico Torque (Uruguay).

Presiden kelab, Koichiro Furukawa berkata Postecoglo­u akan menggalakk­an “gaya permainan bola sepak yang menarik dan menghiburk­an yang pastinya sesuai dengan pendekatan kami.”

F-Marinos menamatkan musim liga di tangga kelima musim lepas, ketinggala­n 13 mata di belakang juara liga, Kawasaki.

Australia ada berkata mereka tidak dijangka melantik jurulatih baharu untuk Piala Dunia 2018 di Rusia sehingga bulan Februari, ekoran “minat mendalam” dengan jawatan jurulatih sejak Postecoglo­u meletak jawatan.

Bekas jurulatih Amerika Syarikat (AS) dan bintang legenda Jerman, Jurgen Klinsmann dilaporkan berminat untuk mengisi jawatan.

Australia diundi dalam Kumpulan C di Piala Dunia 2018, bersama-sama Perancis, Denmark dan Peru. — AFP

 ??  ?? THIAGO SILVA
THIAGO SILVA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia