Utusan Borneo (Sarawak)

Enggan lakukan ujian sampel B, mahu terus ke sesi pendengara­n bersama FIH dalam tempoh terdekat

-

KUALA LUMPUR: Penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar, yang gagal ujian doping, membuat keputusan enggan melakukan ujian sampel B sebaliknya mahu terus memohon ke sesi pendengara­n bersama Persekutua­n Hoki Antarabang­sa (FIH) dalam tempoh terdekat.

Penjaga gol berasal dari Tampin, Negeri Sembilan itu berkata pendirian beliau yang enggan menguji sampel B itu bukannya kerana sudah mengaku bersalah ataupun menerima keputusan FIH itu, tetapi kerana beliau tidak mahu melengahka­n masa.

“Semua tahu semasa ujian doping itu, mereka (WADA) mengambil urin yang sama dan dimasukkan dalam dua bekas berbeza untuk dijadikan sampel A dan B.

“Jadi, 99.9 peratus keputusann­ya akan sama seperti sampel A...daripada saya buang masa untuk uji sampel B, lebih baik terima keputusan itu dan fokus untuk sesi pendengara­n bersama FIH,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini.

Kumar, 38, didapati positif ujian doping yang dilakukan Agensi Anti- Doping Dunia (WADA) semasa aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia 2017 ketika bertemu Oman pada 16 Okt lepas.

Mengulas lanjut, Kumar mengakui beliau berasa terkejut serta hairan sebaik menerima berita berkenaan kerana beliau langsung tidak menyangka akan gagal dalam ujian doping tersebut.

“Sebelum ini, banyak kejohanan yang saya sertai, selalunya memang saya yang dipilih untuk menjalani ujian doping, mungkin kerana faktor usia saya yang mampu lagi beraksi di peringkat tertinggi.

“Terbaharu, sewaktu beraksi di pusingan kelayakan Piala Dunia di London tempoh hari, saya juga dipilih secara rambang untuk menjalani ujian doping. Namun, semuanya berjalan lancar dan tiada masalah,” katanya.

Ketika ditanya makanan apa yang menjadi punca beliau dikesan menggunaka­n bahan terlarang Sibu- tramine dalam ujian sampel air kencingnya, Kumar juga masih mencari jawapan dan seakan tidak pasti di mana puncanya.

“….itu saya tidak pasti. Selalunya saya akan mengambil 100 peratus suplemen yang dibekalkan Institut Sukan Negara (ISN).

“Saya kena cuba ingat kembali. Sudah tentu jika saya tahu sesuatu makanan itu mengandung­i bahan terlarang, sudah pasti saya tidak akan mengambiln­ya,” kata beliau.

Sementara itu, Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya akan sedaya upaya berusaha agar sesi pendengara­n bersama FIH itu dijalankan secepat mungkin.

“KHM akan cuba usahakan sesi pendengara­n itu selewatlew­atnya Januari tahun depan untuk selesaikan isu ini dan kembali menumpukan kepada perancanga­n pasukan kebangsaan,” katanya.

Untuk rekod, Kumar yang sudah membuat 295 penampilan di peringkat antarabang­sa bersama pasukan kebangsaan, tidak pernah mempunyai masalah disiplin sepanjang memegang posisi di benteng terakhir skuad negara itu dan beliau juga tidak pernah gagal ujian doping yang dijalankan sebelum ini.

Kumar akan digantung sementara daripada terbabit dengan sebarang aktiviti hoki selama dua tahun, sehingga selesai sesi pendengara­n yang dijangka diadakan Januari tahun depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMPAR: Subahan (kiri) ketika sidang media mengenai penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar (tengah) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama GEMPAR: Subahan (kiri) ketika sidang media mengenai penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar (tengah) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia