Utusan Borneo (Sarawak)

Salt Lake City bakal membida Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030

-

LONDON, England: Juara dunia acara 100 meter, Justin Gatlin, yang dua kali digantung kerana kesalahan dadah, mungkin berdepan dengan satu lagi skandal selepas akhbar The Daily Telegraph melaporkan Isnin lepas di mana pasukan pengurusan­nya menawarkan untuk menjual ubat perangsang prestasi kepada wartawan yang menyamar.

Pelari pecut berusia 35 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu memecat jurulatihn- ya, Dennis Mitchell, menurut laporan yang mendedahka­n Mitchell dan ejen sukan olahraga, Robert Wagner, menawarkan untuk memberikan preskripsi palsu untuk bahan larangan perangsang prestasi dan menyeludup ubat itu ke AS.

Telegraph berkata siasatan terhadap mereka yang berkaitan dengan Gatlin sedang dilakukan oleh Unit Integriti Olahraga (AIU), ditubuhkan tahun lepas oleh Persekutua­n Persatuan Olahraga Antara- bangsa (IAAF) dan Agensi Anti Dadah AS (USADA).

“Siasatan adalah dari maklumat dan pendedah maklumat memainkan peranan penting dalam usaha anti dadah,” menurut jurucakap USADA yang tidak dinamakan.

“Kami ketika ini menyelaras dengan Unit Integriti Olahraga dalam usaha untuk menyiasat sepenuhnya dakwaan ini.”

Presiden IAAF, Sebastian Coe, memberitah­u akhbar di mana dakwaan itu adalah serius.

“Dakwaan ini sangat serius dan saya tahu Unit Integriti Olahraga, satu badan bebas, akan menyiasat perkara ini mengikut mandat mereka,” kata Coe.

Ia berlaku selepas juara dunia 2017 itu mengarahka­n penasihat undang-undang mengeluark­an ujian rasmi lima tahun dadah yang menunjukka­n beliau bersih. Gatlin digantung kerana kesalahan dadah pada 2001 selama setahun dan pada 2006 selama empat tahun. — AFP SALT LAKE, Amerika Syarikat (AS): Pegawai Bandar raya Salt Lake menjangkak­an untuk membida Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030 dan berkata ia sudah mempunyai infrastruk­tur untuk menganjurk­an Sukan dengan kos lebih murah, lapor media tempatan Isnin lepas.

Fraser Bullock, pengerusi bersama jawatankua­sa tinjauan Olimpik bandar raya, memberitah­u stesen televisyen Fox 13 di mana bandar raya itu boleh menganjurk­an temasya sukan terbesar musim sejuk itu pada kos 1.5 hingga 1.6 bilion dolar, yang akan meliputi naik taraf venue yang digunakan apabila Sukan Olimpik pernah diadakan di situ pada 2002.

Ia merupakan kurang 400 juta dari kos asal diperlukan untuk bandar raya membina venue dari mula, kata beliau.

“Kami sudah mempunyai venue yang dibina,” kata Bullock, yang juga ketua pegawai operasi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002 di Salt Lake.

“Kami boleh mengurangk­an kos penganjura­n.”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jawatankua­sa Olimpik AS (USOC), Scott Blackmun berkata awal bulan ini di mana ada “cabaran penting” melibatkan bandar raya AS yang membida untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 kerana ia berlangsun­g dua hari sebelum Los Angeles menganjurk­an Sukan Olimpik.

“Kami lebih mensasarka­n persediaan 2030,” kata beliau. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia