Utusan Borneo (Sarawak)

Johnathan berpuas hati kejayaan skuad angkat berat rangkul juara

-

KUCHING: Ketua Jurulatih skuad angkat berat Zon Utara, Johnathan Patrick berpuas hati dengan kejayaan kontinjen itu merangkul juara keseluruha­n dalam acara berkenaan pada temasya SUKSAR I Kuching 2017 yang melabuhkan tirai Ahad lalu di Dewan MBKS.

Menurutnya, ia satu bonus buat kontinjen yang diwakili atlet-atlet dari Miri, Limbang dan Bintulu kerana mereka hanya menyasarka­n lapan emas namun atlet berjaya membawa pulang 24 emas, 12 perak dan 10 gangsa.

“Kami berasa sangat bangga dengan pencapaian atlet-atlet terutamany­a masih baharu kerana memberi komitmen begitu tinggi sehingga hampir merangkul semua pingat emas dipertandi­ngkan pada temasya ini.

“Walaupun mendapat khabar kurang baik bahawa sukan angkat berat dikeluarka­n daripada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tetapi atlet-atlet mampu menunjukka­n prestasi terbaik.

“Sehubungan itu, saya bagi pihak jurulatih Sarawak khasnya amat berbesar hati sekiranya angkat berat dimasukkan semula dalam SUKMA kerana atlet-atlet negeri Sarawak khasnya bersedia lebih dari dua tahun menghadapi temasya tersebut,” katanya di sini semalam.

Beliau juga berharap pencapaian ditunjukka­n atletatlet SUKSAR kali ini dapat membuka mata golongan muda bergiat aktif dalam sukan diminati.

Johnathan turut merakamkan setinggi- tinggi penghargaa­n ke atas Pengurus, Lai Tze Hua dan jurulatih wanita, Filicia Muyat bekerja gigih memastikan kejayaan cemerlang Zon Utara.

Pada temasya tersebut, Zon Selatan menduduki tempat kedua dengan meraih tiga emas, dua perak dan tiga gangsa diikuti Zon Tengah dengan satu emas, 10 perak dan tujuh gangsa. Manakala Zon Barat di kedudukan tercorot dengan kutipan satu gangsa.

SUKSAR kali ini mempertand­ingkan sebanyak lapan kategori untuk lelaki iaitu tidak melebihi 50kg, 56kg, 62kg, 69kg, 77kg, 85kg, 94kg dan melebihi 94kg. Manakala wanita, kategori dipertandi­ngkan tidak melebihi 48kg, 53kg, 58kg, 63kg, 69kg dan melebihi 69kg.

 ??  ?? RAI KEJAYAAN: Atlet-atlet angkat berat Zon Utara meraikan kejayaan muncul juara keseluruha­n pada SUKSAR I Kuching 2017, Ahad lalu.
RAI KEJAYAAN: Atlet-atlet angkat berat Zon Utara meraikan kejayaan muncul juara keseluruha­n pada SUKSAR I Kuching 2017, Ahad lalu.
 ??  ?? RASMI: Simoi ( tengah) bersama para pemain selepas merasmikan kejohanan bola tampar di Sri Aman.
RASMI: Simoi ( tengah) bersama para pemain selepas merasmikan kejohanan bola tampar di Sri Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia