Utusan Borneo (Sarawak)

Barisan pemain muda jalani sesi pemilihan tarik minat Ian

-

KUCHING: Barisan pemain muda yang menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad Sarawak FA ternyata menarik minat pengendali­nya, Ian Andrew Gillan.

Beliau yang ditemui ketika menghadiri majlis bersama media di sini Sabtu lalu mendedahka­n kelibat pemain-pemain muda ternyata menunjukka­n a k s i y a n g memuaskan.

“Bagaima n a p u n , b a k a t - b a k a t muda sedia ada perlu d i b e n t u k u n t u k mencapai matlamat Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS) melahirkan lebih ramai pemain tempatan berbakat,” katanya. Namun, beliau menyifatka­n ia bukan mudah malah memerlukan masa untuk membentuk satu pasukan yang kuat serta mampu memberi saingan kepada pencabar-pencabar lain. Apapun, Ian yakin dengan kemampuan skuad muda Sarawak berpeluang melangkah lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia musim depan yang disifatkan semakin kompetitif. Mengulas lanjut sesi latihan yang dimulakan sejak tiga minggu lalu, beliau berkata pemainpema­in menunjukka­n prestasi yang baik dan bekerja keras untuk memberikan aksi terbaik. “Ya tidak dinafikan pemain- pemain bekerja keras untuk mendapatka­n tempat dalam skuad Sarawak 2018.

“Mereka berbakat dan ini petanda yang baik untuk kita membentuk satu pasukan yang kuat dari peringkat akar umbi,” katanya.

Menurutnya, ia merupakan salah satu matlamat jangka panjang yang perlu dibawa ke dalam FAS dan pasukan Sarawak.

Apa yang penting, tegasnya, pengurusan perlu bijak dalam menangani isu pemain- pemain berbakat supaya tidak terlepas kepada pasukan-pasukan lain.

“Menerusi latihan yang dijalankan, kita mahu beri peluang kepada pemainpema­in muda lain untuk menyerlah.

“Selain itu, kita akan meneliti sebarang kemungkina­n membawa masuk pemain-pemain import tempatan dan asing untuk memperkuat jentera pasukan Sarawak,” jelasnya.

Bagaimanap­un, beliau menambah ia bergantung kepada faktor kewangan yang ditetapkan oleh FAS.

 ??  ?? IAN
IAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia