Utusan Borneo (Sarawak)

Seludup dadah ke Bali, warga Australia berdepan hukuman mati

-

DENPASAR: Seorang warga Australia berdepan dengan hukuman mati selepas dia ditangkap ketika dia cuba menyeludup metamfetam­ina kristal ke pulau peranginan Bali di Indonesia, kata seorang pegawai semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu, yang dikenali dengan huruf IER, ditangkap oleh ejen kastam ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Ngurah Rai, Bali, dalam penerbanga­n dari Bangkok pada 4 Disember lalu.

“Pegawai memeriksan­ya dan menjumpai lima bungkusan seberat kira-kira 19.97 gram dan 14 biji pil, yang ujian makmal dapati adalah metamfetam­ina kristal dan pil ecstasy,” kata ejen kastam Husni Syaiful di satu sidang akhbar semalam.

Lelaki itu boleh berdepan dengan hukuman mati di bawah undang- undang antinarkot­ik yang keras di Indonesia kerana dia didakwa ditangkap menyeludup lebih lima gram dadah.

Dia diperagaka­n di hadapan wartawan bersama seorang warga Malaysia dan seorang warga Amerika – yang turut berdepan dengan tuduhan dadah dalam kes berasingan – dengan ‘ balaclava’ dan seragam penjara berwarna oren. Lelaki Malaysia itu (CHJ) berusia 30 tahun ditangkap ketika dia tiba di lapangan terbang Bali pada 8 Novem- ber lepas setelah ganja seberat 3.03 gram dan kokain seberat 0.65 gram dijumpai dalam dompetnya.

Lelaki Amerika berkenaan, dikenali sebagai KSL, ditangkap berhubung satu bungkusan yang mengandung­i cecair e-rokok kanabis yang dirampas oleh pihak berkuasa di sebuah pejabat pos di Bali.

Indonesia mempunyai undang- undang antidadah antara yang paling keras di dunia, dengan hukuman termasuk hukuman mati bagi penyeludup yang membawa masuk lima gram dadah atau lebih.

Beberapa warga asing dan Indonesia telah menjalani hukuman mati yang dilaksanak­an oleh skuad tembak sejak beberapa tahun lalu kerana penyeludup­an dadah, termasuk Andrew Chan dan Myuran Sukumaran dari Australia pada 2015, kes yang mencetuska­n kemarahan diplomatik dan seruan untuk memansuhka­n hukuman itu.

Pegawai di Bali berkata ramai orang asing cuba menyeludup dadah ke destinasi percutian yang popular itu menjelang tahun baharu.

“Banyak parti diadakan di Bali untuk menyambut tahun baharu,” kata Syaiful. — AFP YAOUNDE: Empat anggota polis maut dalam satu serangan oleh kumpulan yang disyaki puak pemisah di wilayah yang bertutur dalam bahasa Inggeris itu di Cameroon kelmarin, kata seorang menteri kerajaan, keganasan terbaharu yang berlaku di barat negara yang bergolak.

“Malangnya satu serangan meragut nyawa empat anggota polis kita, dibunuh kejam pada Isnin di Kembong,” kata Menteri Komunikasi Issa Tchiroma, yang merujuk kepada sebuah wilayah yang menyaksika­n peningkata­n keganasan oleh puak pemisah.

Penduduk yang bercakap dalam bahasa Inggeris merangkumi kira- kira 20 peratus daripada 23 juta penduduk di Cameroon tetapi sudah lama disisihkan di bawah pemerintah­an presiden berusia 84 tahun, Paul Biya, salah seorang pemimpin paling lama memegang kuasa di dunia.

Masyarakat minoriti itu bermula sewaktu kemunculan Cameroon pada 1960- 61 ketika Perancis dan Britain melepaskan jajahan mereka di barat Afrika.

Penduduk yang bercakap Inggeris sudah lama membantah apa yang mereka anggap sebagai sikap berat sebelah yang cenderung memihak kepada masyarakat minoriti yang bercakap dalam bahasa Perancis.

Sejak November 2016, kebencian telah meningkatk­an lagi tuntutan bagi autonomi atau negara berasingan tetapi kerajaan menjawab dengan kekerasan, termasuk perintah berkurung, serbuan dan sekatan ke atas perjalanan.

Pemantau antarabang­sa berkata antara 20 hingga 40 orang sudah maut sejak September lalu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? JENAYAH SERIUS: IER (kiri) diperagaka­n bersama KSL (tengah) dan CHJ ketika sidang media di Bali, Indonesia semalam.
— Gambar AFP JENAYAH SERIUS: IER (kiri) diperagaka­n bersama KSL (tengah) dan CHJ ketika sidang media di Bali, Indonesia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia