Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas dipilih pimpin ANC yang bergelut dengan dakwaan rasuah, perpecahan

-

JOHANNESBU­RG: Timbalan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa berdepan dengan pelbagai cabaran semalam selepas beliau dipilih untuk memimpin parti pemerintah Afrika Selatan pada waktu ia bergelut dengan dakwaan rasuah dan perpecahan.

Beliau dipilih dengan tipis untuk mengetuai Kongres Nasional Afrika (ANC) kelmarin, selepas memenangi pertanding­an sengit yang mendedahka­n perpecahan dalam organisasi yang mengetuai perjuangan menentang aparteid itu.

Ribuan penyokong Ramaphosa yang bising bernyanyi dan melaung dalam dewan persidanga­n manakala penyokong calon tewas Nkosazana Dlamini-Zuma kelihatan sugul.

Ramaphosa memenangi 2,440 undi berbanding 2,261 undi yang diperolehi DlaminiZum­a.

Kemenangan itu meletakkan Ramaphosa pada kedudukan untuk menggantik­an Presiden Jacob Zuma, yang mengetuai pemerintah­an yang dihantui skandal rasuah, kelembapan ekonomi dan kemarahan terhadap parti yang dahulu begitu kuat itu.

Beliau mungkin akan menikmati tempoh berbulan madu – matawang rand naik tiga peratus berbanding matawang dolar setakat petang kelmarin yang mencermink­an keyakinan pelabur kepada ahli politik yang menjadi ahli perniagaan itu.

Namun beliau tetap berdepan dengan cabaran yang tidak dicemburui.

Penganalis­is politik Richard Calland memberi ama- ran bahawa Ramaphosa akan dikekang dari segi politik selagi Zuma masih menjadi presiden.

Walaupun Zuma berundur sebagai ketua parti di persidanga­n itu, penggalnya sebagai ketua negara hanya akan berakhir pada 2019 apabila pilihan raya bakal diadakan.

“Pemenang telah mewarisi berkat yang pelbagai, mungkin piala beracun,” kata Calland kepada AFP.

Ramaphosa akan berdepan dengan keputusan tentang pemotong yang perlu dibuat dalam sektor awam untuk mengimbang­i bajet dan cara untuk membasmi rasuah dalam era Zuma.

“Ia pasti sangat sukar untuknya untuk bertindak, beliau perlu mencapai kompromi pada setiap langkah,” ujar Calland.

Imej besar pemimpin baharu ANC dibentangk­an manakala tepukan lama dan nyanyian kuat menyambut berita di tempat persidanga­n parti di luar Johannesbu­rg.

Di luar dewan, penyokong ANC menyekat jalan menuju ke pusat persidanga­n, sambil menari dan menyanyika­n lagu parti.

Ramaphosa dijadual menyampaik­an ucapan pertamanya sebagai pemimpin pada hari ini (Rabu) sebelum persidanga­n berakhir.

Presiden Zuma dilihat sebagai menyokong DlaminiZum­a, dikatakan untuk mendapatka­n perlindung­an daripada pendakwaan atas tuduhan rasuah selepas beliau berundur nanti.

Namun penyokong setianya memenangi jawatan kanan dalam pemilihan itu termasuk David Mabuza sebagai timbalan ketua parti, yang bermakna Ramaphosa mungkin akan berdepan dengan tentangan dalaman yang kuat kepada agenda pembaharua­n yang properniag­aan.

“Saya harap anda akan bekerja sama dengan kepimpinan baharu apabila kita melangkah ke pilihan raya 2019,” kata pengerusi parti sekarang Baleka Mbete kepada delegasi.

ANC, yang sudah memerintah sejak 1994 apabila Nelson Mandela memenangi pilihan raya pelbagai kaum pertama, mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengekalka­n kuasa dalam pilihan raya akan datang kerana sokongan rakyat yang semakin menurun.

Ramaphosa, 65, merupakan seorang bekas ketua kesatuan sekerja yang mengetuai rundingan untuk menamatkan pemerintah­an minoriti kulit putih pada awal zaman 1990an dan kemudian menjadi ahli perniagaan hartawan sebelum beliau kembali kepada politik.

Beliau sering dituduh gagal untuk bersemuka dengan Zuma ketika beliau berkhidmat sebagai timbalanny­a sejak 2014.

“Ramaphosa akan berusaha untuk mengembali­kan prinsip politik liberal dalam parti itu,” kata profesor politik di Universiti Stellenbos­ch, Amanda Gouws, kepada AFP.

“Keputusan pemilihan itu tidak mudah untuk diramalkan. Apa yang menjadi taruhan di sini adalah perpaduan – pemimpin baharu perlu memupuk perpaduan dan membina semula imej parti.”

Kadar penganggur­an yang begitu tinggi dan rasuah dalam kerajaan telah memburukka­n lagi kekecewaan terhadap ANC di kalangan jutaan warga kulit hitam yang miskin di Afrika Selatan yang berdepan dengan masalah perumahan yang serius, pendidikan tidak memadai, dan ketidaksam­arataan kaum yang berterusan.

Parti pembangkan­g utama Pakatan Demokratik berkata ANC “disatukan hanya oleh gam naungan dan rasuah, dan Cyril Ramaphosa sekadar wajah baharu bagi ANC lama yang sama”. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? RAI: Penyokong meraikan pemilihan Ramaphosa sebagai presiden baharu ANC di pekarangan Pusat Ekspo Nasrec di mana Persidanga­n Kebangsaan ke-54 parti pemerintah sedang berlangsun­g di Johannesbu­rg, Afrika Selatan kelmarin.
— Gambar Reuters RAI: Penyokong meraikan pemilihan Ramaphosa sebagai presiden baharu ANC di pekarangan Pusat Ekspo Nasrec di mana Persidanga­n Kebangsaan ke-54 parti pemerintah sedang berlangsun­g di Johannesbu­rg, Afrika Selatan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia