Utusan Borneo (Sarawak)

65 wartawan, pekerja media maut di seluruh dunia pada 2017: RSF

-

PARIS: Seramai 65 wartawan dan pekerja media maut di seluruh dunia pada 2017, menurut perangkaan tahunan yang diterbitka­n oleh Reporters Without Borders (RSF) semalam.

Di antara mereka adalah 50 pemberita profesiona­l, jumlah terendah sejak 14 tahun lalu. Bagaimanap­un trend penurunan ini sekurang-kurangnya adalah kerana wartawan tidak mahu lagi bekerja di tempat paling berdarah di dunia.

Syria yang mengalami peperangan masih negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan, kata RSF, dengan pembunuhan 12 pemberita, diikuti Mexico di mana 11 telah dibunuh.

Mereka termasuk Javier Valdez, salah seorang pemberita paling terkemuka dalam liputan ke atas perang dadah yang berdarah di Mexico, dan kemarahann­ya pada Mei lalu mencetuska­n kemarahan rakyat.

Penyumbang AFP berusia 50 tahun itu ditembak mati pada waktu siang di tengah bandar di negeri barat laut yang ganas, Sinaloa.

Buku terakhirny­a ‘Narcojourn­alism’ menceritak­an tentang penderitaa­n yang dialami pemberita Mexico yang cuba membuat liputan tentang kartel dadah “narkos” yang amat ganas di negara itu.

RSF berkata Mexico merupakan negara paling ber- darah yang tidak berperang, dan berkata mereka yang “membuat liputan tentang rasuah politik atau jenayah terancang sering disasari secara sistematik, diugut dan ditembak”.

Filipina telah menjadi negara paling bahaya di Asia untuk pemberita, dengan sekurang- kurangnya lima wartawan ditembak pada tahun lepas, empat daripadany­a meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Peningkata­n itu berlaku selepas apa yang RSF sebut sebagai satu “komen mengejutka­n” yang dibuat oleh Presiden Rodrigo Duterte pada Mei lalu bahawa “hanya kerana anda seorang warta- wan, anda tidak dikecualik­an daripada pembunuhan jika anda seorang anak anjing betina”.

Tidak ada wartawan dibunuh di negara itu pada tahun sebelum itu.

Bagaimanap­un jumlah keseluruha­n pemberita profesiona­l yang dibunuh di seluruh dunia turun ke tahap terendah dalam tempoh 14 tahun, kata RSF.

Daripada 65 orang yang maut, laporan itu menyebut 39 dibunuh, manakala pemberita lain mati ketika menjalanka­n tugas – mangsa sampingan dalam keadaan berbahaya seperti serangan udara atau serangan bom nekad.

Kumpulan itu berkata penurunan dalam kadar kematian mungkin kerana wartawan kini lebih terlatih dan dilindungi untuk zon perang.

“Trend penurunan itu juga kerana wartawan meninggalk­an negara yang telah menjadi terlalu berbahaya,” ujarnya.

Negara seperti Syria, Iraq, Yaman dan Libya telah menumpahka­n darah wartawan. Namun trend itu tidak terbatas kepada negara yang berperang sahaja, ujar RSF.

“Ramai wartawan telah lari ke luar negara atau meninggalk­an kewartawan­an di Mexico, di mana kartel jenayah dan ahli politik tempatan menggunaka­n keganasan untuk mengukuhka­n penguasaan,” katanya.

Turki merupakan penjara terbesar di dunia bagi wartawan profesiona­l, perangkaan menunjukka­n, dengan 42 pemberita dan seorang pekerja media dalam tahanan.

“Mengkritik kerajaan, bekerja untuk saluran media ‘mencurigak­an’, berhubung dengan sumber sensitif atau malah hanya menggunaka­n khidmat mesej rahsia merupakan alasan untuk menghumban wartawan ke dalam penjara atas tuduhan terorisme,” kata laporan itu.

Bagaimanap­un dengan 52 orang yang meringkuk dalam penjara, China masih mendahului carta apabila mengambil kira penulis blog.

RSF menuduh Beijing mengetatka­n lagi “langkah untuk menindas wartawan dan penulis blog.

“Kerajaan tidak lagi menjatuhka­n hukuman mati ke atas penentangn­ya sebaliknya dengan sengaja membiarkan kesihatan mereka merosot dalam penjara sehingga mereka mati,” ujarnya yang merujuk kepada kematian pemenang Anugerah Nobel, Liu Xiaobo, dan penulis blog, Yang Tongyan, kedua-dua mati akibat kanser pada tahun ini selepas didapati menghidapn­ya dalam penjara.

Syria (24), Iran (23) dan Vietnam (19) merupakan pemenjara wartawan lain dalam kelompok lima negara teratas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIIKTIRAF: Mratt Kyaw Thu di pejabatnya di Yangon.
— Gambar AFP DIIKTIRAF: Mratt Kyaw Thu di pejabatnya di Yangon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia