Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberita Myanmar menang anugerah Kate Webb AFP 2017

-

HONG KONG: Pemberita Mratt Kyaw Thu memenangi anugerah Kate Webb Agence France-Presse 2017 kerana liputannya yang teliti dan menarik tentang sengketa etnik di negara asalnya Myanmar, AFP mengumumka­n semalam.

Anugerah itu mengiktira­f kewartawan­an luar bisa dalam keadaan sukar atau berbahaya, dan dinamakan sempena salah seorang wartawan terbaik AFP yang meninggal dunia pada 2007 pada usia 64 tahun.

Mratt Kyaw Thu, 27, diiktiraf bagi siri artikel yang fokus kepada konflik agama dan etnik di negeri-negeri Shan dan Rakhine di Myanmar pada 2016 – konflik di Rakhine membawa kepada pemergian hampir 650,000 Muslim Rohingya dari Rakhine pada awal tahun ini.

Laporan itu diterbitka­n dalam majalah berita mingguan berbahasa Inggeris ‘Frontier’, yang telah membina reputasi bagi laporan bebas di sebuah negara di mana kumpulan hak asasi manusia berkata kebebasan media sudah bertambah buruk, walaupun kerajaan awam ditubuhkan pada tahun lepas.

Dua wartawan tempatan Reuters berdepan dengan hukuman penjara selama 14 tahun selepas mereka ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi pada minggu lepas.

“AFP khususnya gembira kerana seorang wartawan Myanmar akan menerima anugerah Kate Webb buat pertama kali sejak ia diwujudkan pada 2008,” kata pengarah wilayah Asia-Pasifik AFP, Philippe Massonnet.

Anugerah Kate Webb membawa hadiah 3,000 euro (RM14,400) dan akan disampaika­n secara rasmi di satu majlis di Yangon pada Tahun Baharu.

Kate Webb membina reputasi sebagai seorang pemberita yang berani ketika beliau membuat liputan tentang peperangan dan peristiwa bersejarah lain di Asia dalam karier yang menjangkau empat dekad.

Sebagai penghormat­an kepada kegigihann­ya untuk menggalakk­an dan menyokong kakitangan serantau, hadiah itu mengiktira­f wartawan tempatan di Asia.

“Anugerah ini adalah pengiktira­fan kepada saya secara peribadi tetapi juga bagi perjuangan semua wartawan Myanmar, yang berada dalam situasi yang sangat sukar sekarang,” kata Mratt Kyaw Thu selepas beliau dimaklumka­n bahawa beliau adalah pemenang hadiah 2017.

“Rakan-rakan ditangkap kerana menjalanka­n tugas mereka. Wartawan Myanmar dipantau dengan dekat oleh tentera dan kerajaan – ia lebih buruk berbanding dahulu,” katanya dan menambah hadiah itu akan memberikan “kekuatan dan galakan” kepadanya.

Hadiah itu disampaika­n oleh AFP dan keluarga Webb.

Anugerah pada 2016 dimenangi stesen bebas Afghan TV, Tolo. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia