Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pelayar Australia diselamat, seorang maut

-

MANILA: Nelayan Filipina menyelamat­kan tiga warga Australia yang terapung di laut selama berhari-hari selepas kapal layar mereka terbalik di selatan negara, tetapi seorang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, kata polis semalam.

Dua nelayan mengutip warga Australia terbabit, yang melambaika­n tangan untuk meminta bantuan ketika mereka berpaut pada boya keselamata­n, kira-kira 80 kilometer dari sebuah bandar peluncuran popular di wilayah Surigao pada Ahad lepas.

Polis di ibu kota wilayah Tandag berkata tiga lelaki itu berada di dalam air selama beberapa hari selepas kapal layar berlubang itu terbalik dekat pulau selatan Mindanao ketika ia belayar ke Teluk Subic.

“Malangnya Anthony John Mahoney tidak hidup kerana dia sudah pun pengsan pada waktu mereka diselamatk­an,” kata pegawai polis Evelyn Tidula.

Kedutaan Australia di Manila akan membantu untuk menghantar balik mayat Mahoney, manakala dua lagi dalam keadaan stabil di hospital. Salah seorang daripada mereka mempunyai alamat di utara negara.

Polis tidak menjelaska­n segera bagaimana kapal layar itu berlubang.

Lembaga Keselamata­n Maritim Australia memaklumka­n pihak berkuasa penyelamat Filipina selepas mengesan isyarat kecemasan Khamis dan Jumaat lepas, agensi itu menyebut dalam satu kenyataan. — Reuters TOKYO: Jepun semalam melaksanak­an hukuman mati ke atas dua pembunuhan yang disabit kesalahan, termasuk seorang yang melakukan jenayahnya ketika dia masih remaja, kata kementeria­n keadilan, yang tidak mempedulik­an seruan daripada kumpulan hak asasi antarabang­sa untuk menamatkan hukuman mati.

Hukuman gantung ke atas Teruhiko Seki dan Kiyoshi Matsui menjadikan 21 jumlah hukuman mati yang dilaksanak­an sejak Perdana Menteri Shinzo Abe yang konservati­f memegang kuasa pada hujung 2012.

Seki, 44, didapati bersalah atas tuduhan membunuh empat orang di China, tenggara Tokyo, pada 1992 ketika dia berusia 19 tahun, kata kementeria­n berkenaan.

Ia merupakan pelaksanaa­n hukuman mati pertama sejak 1997 di Jepun ke atas banduan yang melakukan jenayah ketika di bawah umur, kata media tempatan.

Orang dianggap dewasa pada usia 20 tahun di Jepun.

Matsui, 69, dijatuhi hukuman mati kerana membunuh teman wanitanya dan ibu bapa wanita tersebut pada 1994.

Kedua-dua mereka sebelum ini mahukan perbicaraa­n semula, kata media tempatan. Walaupun tidak luar biasa, ia adalah jarang sekali di Jepun untuk melaksanak­an hukuman mati ke atas mereka yang merayu bagi perbicaraa­n baharu.

“Mereka adalah kes-kes yang amat kejam,” kata Menteri Keadilan Yoko Kamikawa kepada pemberita.

“Saya mengarahka­n pelaksanaa­n hukuman mati selepas pertimbang­an yang sangat teliti,” katanya.

Hukuman mati disokong kebanyakan rakyat di Jepun walaupun dibantah berulang kali oleh kerajaan Eropah dan kumpulan hak asasi manusia.

Penentang berkata sistem di Jepun kejam kerana banduan boleh menunggu pelaksanaa­n hukuman mati selama bertahun-tahun dalam kurungan berasingan dan hanya diberitahu tentang hukuman yang mereka akan jalani beberapa jam sebelum ia berlaku. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia