Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai inisiatif kumpulan itu terbukti membuahkan hasil positif

-

KUALA LUMPUR: Kelab 30 Peratus cawangan Malaysia yang merupakan kumpulan kempen bertujuan memacu lebih ramai wanita dalam lembaga pengarah korporat, ternyata berjaya mencatat kemajuan yang baik sepanjang tahun ini, kata Pengerusin­ya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Menurutnya, sejak dilancarka­n di negara ini pada Mei 2015, pelbagai inisiatif kumpulan itu seperti Meja Bulat Pemimpin Perniagaan, program bimbingan atau pementoran dan penempatan pengarah wanita terbukti membuahkan hasil positif.

Malah, kata beliau, kelab itu sedang mempergiat­kan usaha bagi memastikan kehadiran sekurang- kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah yang kesemua ahlinya adalah lelaki, terutama syarikat dengan modal pasaran besar atau 100 syarikat utama daripada 923 yang disenaraik­an di Bursa Malaysia, menjelang 2018.

Dalam satu kenyataan semalam, Zarinah berkata Kelab 30 Peratus itu menyasarka­n untuk membolehka­n Malaysia menyaksika­n penyertaan 30 peratus wakil wanita dalam lembaga pengarah syarikat awam yang tersenarai menjelang 2020 berikutan kehadiran lebih ramai wanita yang layak menggalas tugas itu.

“Kami melihat lebih ban- yak pihak lembaga pengarah yang mengakui bahawa aspek kepelbagai­an gender ini memberi impak baik dari segi perniagaan,” kata Zarinah.

Kelab 30 peratus itu adalah pergerakan antarabang­sa yang disertai kalangan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) yang memperjuan­gkan aspek kesaksamaa­n di semua peringkat organisasi masing-masing.

Cawanganny­a di Malaysia baru- baru ini turut mengadakan sesi Meja Bulat Pemimpin Perniagaan yang disertai pengarah kanan syarikat awam yang tersenarai dengan berkongsi cabaran tertentu dalam usaha memenuhi sasaran kepelbagai­an lembaga pengarah.

Ketua Pengawalse­liaan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Foo Lee Mei yang mempengeru­sikan bersama program itu berkata, syarikat sewajarnya menitikber­atkan aspek perniagaan bagi kepelbagai­an di peringkat lembaga pengarah menerusi penyertaan pengarah wanita.

Malah, beliau turut memuji usaha Kelab 30 Peratus itu dalam usaha meningkatk­an bilangan wanita menduduki kerusi lembaga pengarah syarikat awam yang tersenarai.

Maklumat data Bursa Malaysia menunjukka­n pada suku ketiga 2017, peratusan 100 syarikat terkemuka yang diwakili wanita ternyata meningkat kepada 19.1 peratus berbanding 16.6 peratus pada akhir 2016.

Bilangan syarikat berkenaan yang tidak diwakili wanita dalam lembaga pengarah mereka sebaliknya merosot kepada 10 pada suku keempat 2017 berbanding 14 pada suku ketiga tahun itu.

Dalam pada itu, Skim Pementoran Lembaga Kelab 30 Peratus itu telah dimulakan pada Julai tahun ini menerusi kerjasama dengan PwC Malaysia manakala satu lagi program bermula awal bulan ini dan membabitka­n 10 pembimbing atau mentor dan 10 menti.

Usaha skim selama sembilan bulan itu bertujuan meningkatk­an pemprofila­n calon wanita yang berpotensi dengan menghubung­kan wanita yang layak sebagai pengarah dengan Pengerusi, ahli Lembaga Pengarah dan pemimpin kanan korporat.

Program itu diwujudkan khusus untuk memberi menti peluang lebih cerah dilantik menganggot­ai lembaga serta mendapat manfaat daripada mereka termasuk kemungkina­n dalam bentuk rujukan (bagi jawatan itu) daripada mentor masingmasi­ng.

Salah seorang mentor, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz yang juga Pengerusi Bumi Armada Bhd, berkata beliau menggalas tugas itu kerana mahu melihat lebih ramai keanggotaa­n (lembaga pengarah) daripada masyarakat.

“Saya telah melihat bagaimana kepelbagai­an jantina ini menyumbang secara positif terhadap prestasi lembaga pengarah. Saya sendiri menduduki pelbagai lembaga dengan komposisi yang berbeza dan mendapati perbualan (yang membawa kepada membuat keputusan) adalah jauh lebih baik jika membabitka­n gabungan anggota dengan kepakaran, latar belakang serta pengalaman yang pelbagai.

“S e h u b u n g a n i t u , ( perkembang­an) untuk melihat lebih ramai wanita contoh muncul dalam dunia korporat adalah sesuatu yang dialu- alukan ketika ramai siswazah wanita menyertai dunia pekerjaan di Malaysia,” katanya.

Seorang lagi mentor merangkap Pengarah SP Setia Bhd, Philip Tan Puay Koon berkata walaupun program pementoran itu menyediaka­n platform menjalin rangkaian berkaitan, wanita yang layak menduduki kerusi lembaga pengarah itu turut diberi peluang mengikuti bimbingan dalam tempoh tertentu bagi merasai sendiri serta menimba pengalaman mentor terbabit. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB PERTANYAAN: Madani ditemu bual pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dan Agensi di Institut Automotif Malaysia di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB PERTANYAAN: Madani ditemu bual pemberita selepas Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dan Agensi di Institut Automotif Malaysia di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia