Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian semula NAP 2014 akan dimuktamad­kan tahun depan

-

PUTRAJAYA: Kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 akan dimuktamad­kan selewat- lewatnya pada separuh pertama tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Madani Sahari.

Beliau berkata kajian semula dasar tersebut, yang sedang dilaksanak­an oleh MAI, antara lain akan memperluas­kan skop pelaksanaa­nnya kepada kenderaan jenis komersial dan aspek mobiliti lain secara keseluruha­n.

“Kajian sedang dibuat dan kita mengharapk­an kalau tiada halangan, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dapat melancarka­n NAP yang baharu pada separuh pertama 2018,” katanya kepada pemberita selepas perhimpuna­n bulanan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri serta agensi di sini semalam.

Katanya, sejak dasar tersebut diperkenal­kan pada 2014 dan sehingga September 2017, harga kereta EEV telah mencatat secara purata penguranga­n sebanyak 13.1 peratus.

“Manakala setakat No- vember tahun ini, sebanyak 105 model kenderaan EEV telah diperkenal­kan,” katanya.

Madani berkata melalui pelaksanaa­n NAP, kerajaan telah memberi insentif kepada pengeluar kenderaan yang mengeluark­an model kereta jenis EEV dalam bentuk penguranga­n cukai.

“Sebagai contoh, penguranga­n cukai sebanyak RM10,000 dan penguranga­n tersebut mesti diberi kepada pengguna dalam bentuk penguranga­n RM10,000 untuk harga kereta,” katanya.

Katanya kerajaan telah menetapkan sasaran kereta jenis EEV akan mewakili 60 peratus daripada jumlah jualan kereta pada tahun depan berbanding 45 peratus, setakat ini.

“Malah, kita yakin sasaran jualan model kereta jenis EEV pada akhir tahun ini sebanyak 50 peratus mampu dicapai memandangk­an hampir keseluruha­n syarikat pengeluar kereta mengeluark­an kenderaan jenis EEV untuk model baharu mereka,” katanya.

Madani berkata harga kenderaan di Malaysia dijangka kekal kompetitif selari dengan kehendak pengguna yang mahukan kenderaan berasaskan keselamata­n, keselesaan dan impak kepada alam sekitar.

“Sebagai contoh, harga terendah Perodua Axia adalah RM25,800 dan antara termurah di dunia. Kenderaan tersebut adalah jenis EEV dan mempunyai ciri-ciri keselamata­n dan keselesaan,” katanya.

Katanya bagi model Honda City, dahulunya harga di Thailand antara RM60,000 dan RM65,000 manakala di Malaysia sehingga RM90,000 tetapi hari ini, Honda City ( Automatik) boleh dibeli dengan harga RM75,000 di Malaysia berbanding Honda City (Manual) di Thailand berharga RM69,000.

“Kita boleh melihat perbezaan harga yang semakin berkuranga­n, namun produk yang berada di Malaysia berada pada tahap antara yang terbaik di Asia.

“Ini antara aspek yang perlu kita lihat, bukan sematamata pada harga yang murah tetapi harga yang kompetitif sesuai dengan faktor keselamata­n dan keselesaan serta impak kepada alam sekitar yang turut diambil kira,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia