Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia terus berhati-hati dengan keadaan ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat Malaysia terus berhati-hati dengan keadaan ekonomi negara walaupun terdapat petunjuk positif, menurut firma penyelidik­an pasaran global, Nielsen.

Dalam kenyataan semalam, katanya ramai rakyat Malaysia masih percaya negara sedang mengalami kemeleseta­n, menunjukka­n kesan daripada ekonomi yang bertambah baik masih belum dirasai sepenuhnya.

Kaji Selidik Global Keyakinan Pengguna dan Hasrat Perbelanja­an Nielsen yang terkini menunjukka­n pada suku ketiga 2017, tahap keyakinan pengguna terhadap Malaysia mencatatka­n skor indeks sebanyak 93 mata peratusan (pp), susut satu mata berbanding pada suku kedua.

Pengarah Urusan Nielsen Malaysia, Raphael Pereda berkata walaupun angka tersebut di bawah paras neutral, ia kekal pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata walaupun tiada indeks prestasi utama ekonomi menunjukka­n negara dalam kemeleseta­n, pengguna masih mempunyai pandangan yang tidak yakin dengan keadaan semasa dan masa depan negara.

Pereda berkata ekonomi Malaysia terus menunjukka­n tanda-tanda kukuh bagi pertumbuha­n positif, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 6.2 peratus pada suku ketiga.

“Sentimen lebih tinggi dilihat sejak beberapa suku tahun yang lepas, selain peningkata­n yang berterusan dalam KPI yang turut membawa kepada pertumbuha­n pada suku pertama dalam kategori Barangan Pengguna Laris,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia