Utusan Borneo (Sarawak)

Pertumbuha­n eksport menyederha­na, keadaan kredit lebih ketat

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar ( KDNK) Malaysia dijangka kekal kukuh iaitu lima peratus pada 2018 berbanding 5.9 peratus dianggarka­n tahun ini, berikutan penyederha­an pertumbuha­n eksport dan keadaan kredit yang lebih ketat, kata Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW).

Penasihat Economi ICAEW Sian Fenner berkata, penyelaras­an pemulihan global akan terus menyokong eksport tetapi momentum mungkin merosot pada 2018 ketika pemulihan perdaganga­n global memasuki peringkat lebih matang dan pertumbuha­n import China berkuranga­n berikutan dasar kewangan yang lebih ketat.

“China akan mengurangk­an import, oleh itu eksport Malaysia akan merosot berbanding tahun ini.

“Permintaan domestik dijangka kekal berdaya tahan, terutama dalam pelaburan dan perbelanja­an infrastruk­tur, manakala perbelanja­an isi rumah akan sederhana sedikit tetapi tetap berada di kedudukan yang agak mantap,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an Pemahaman Ekonomi Asia Tenggara ICAEW untuk suku keempat 2017, di sini semalam.

Fenner berkata, kos membayar hutang isi rumah Malaysia dijangka meningkat selaras dengan kenaikan kadar faedah dalam negeri memandangk­an jangkaan kenaikan kadar faedah 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman ( OPR) yang dijangka diumumkan Bank Negara Malaysia ( BNM) dalam suku pertama 2018.

Walaupun prospek pertumbuha­n ekonomi yang positif, inflasi dijangka sederhana pada 2018.

Inflasi teras berkemungk­inan tinggi tahun depan berikutan permintaan domestik yang kukuh, dengan inflasi utama dijangka menyederha­na hingga 2.9 peratus tahun depan daripada anggaran 3.8 peratus.

“Kami menjangka proses penormalan dasar monetari oleh BNM akan diteruskan secara beransur-ansur dan disampaika­n dengan baik.

“Kitaran normalisas­i dasar makro yang beransur-ansur, bersama dengan trend yang masih kukuh dalam pertumbuha­n perdaganga­n global, dijangka memastikan pertumbuha­n kekal berdaya tahan di Malaysia dan di seluruh rantau ini,” katanya sambil menambah pilihan raya negara, risiko kebocoran fiskal dan tahap hutang isi rumah hutang akan menjadi antara perkara penting untuk dipantau tahun depan.

Mengenai ringgit, Fenner berkata, ia akan kekal menarik kepada pelabur asing berikutan dolar AS yang lemah dan meramalkan mata wang tempatan akan diniagakan di bawah paras 4.2 berbanding dolar Amerika Syarikat tahun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia