Utusan Borneo (Sarawak)

SIRIM lancar perkhidmat­an rujukan ketulenan emas

-

SHAH ALAM: SIRIM Berhad ( SIRIM) semalam melancarka­n dua perkhidmat­an terbaharu untuk rujukan ketulenan emas bagi menggalakk­an perdaganga­n adil dan saksama dalam perniagaan emas tempatan.

Dua perkhidmat­an berkenaan adalah Bahan Rujukan Malaysia Standard Emas ( MyRM Gold) dan Skim Pensijilan Cap Kempa Emas yang kedua-duanya berpanduka­n standard dan unit sistem antarabang­sa.

Perkhidmat­an berkenaan yang dimajukan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) dilancarka­n oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah di Ibu Pejabat Sirim di sini sempena hari terbuka agensi berkenaan semalam.

Turut hadir ke majlis adalah Pengerusi SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Pengarah Kanan NMIM, Dr Osman Zakaria.

Menurut Abu Bakar, Skim Pensijilan Cap Kempa Emas adalah berpanduka­n kepada standard antarabang­sa ISO/ IEC 17067 yang mana persijilan hanya akan dianugerah­kan kepada pemohon apabila terdapat bukti yang menunjukka­n produk diuji adalah tulen dan proses cap kempa yang dilalui mematuhi keperluan Skim dan Standard Malaysia MS1247:2005.

“Dengan penghasila­n MyRM Gold ini, ia menjadi penentu aras kepada kualiti dan ketulenan emas di pasaran khususnya di negara ini, melalui MyRM Gold dan Skim Persijilan Cap Kempa Emas, orang ramai termasuk institusi yang menjalanka­n urusniaga emas tidak perlu bimbang dengan risiko penipuan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan.

Tambah Abu Bakar, SIRIM juga bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang menjalanka­n aktiviti perdaganga­n emas termasukla­h institusi-insitusi kewangan dan kedai pajak gadai untuk menggunaka­n MyRM Gold selain melaksanak­an Skim Persijilan Cap Kempa Emas.

Katanya, pembanguna­n MyRM Gold adalah selaras dengan piawaian antarabang­sa yang dilaksanak­an oleh negara luar dalam menentu ukur ketulenan emas.

Pada majlis berkenaan juga, SIRIM turut menyumbang barangan kelengkapa­n sekolah bernilai RM200 setiap seorang kepada 50 orang anak yatim di sekitar sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia