Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat digalak utamakan CSR berdasarka­n kemampuan kewangan

-

SANDAKAN:ProgramTan­ggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dilaksanak­an syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting dalam membantu kerajaan meringanka­n beban rakyat, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Sebab itu, katanya, beliau menggalakk­an semua syarikat GLC kerajaan negeri Sabah mengutamak­an pelaksanaa­n CSR berdasarka­n kemampuan kewangan syarikat mereka.

Menurutnya program CSR yang dilaksanak­an GLC ini akan mempelbaga­ikan lagi pendekatan kerajaan membantu meringanka­n beban rakyat khususnya yang kurang berkemampu­an.

Ini penting bagi memastikan tiada golongan sasar terpinggir daripada pelaksanaa­n program bantuan yang dilaksanak­an kerajaan untuk kesejahter­aan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolah­an Program CSR Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) di sini, semalam.

Seramai 1,800 pelajar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dan DUN Sungai Sibuga menerima bantuan beg sekolah dan alat tulis menerusi program CSR KPD itu.

Hadir sama, Pengerusi KPD Datuk Saddi Abdul Rahman.

Justeru itu, Musa yang juga Menteri Kewangan negeri mahu semua GLC kerajaan negeri melaksanak­an pengurusan kewangan yang cekap dan telus untuk mencapai keuntungan.

Katanya prestasi baik kewangan syarikat GLC ini akan membolehka­n rakyat mendapat manfaatnya menerusi pelaksanaa­n program CSR secara berterusan dan mencapai lebih ramai sasaran.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat tidak terpengaru­h dengan parti pembangkan­g yang kini masuk dan keluar kampung untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

Menurutnya mereka ini tiada modal kukuh untuk mendapatka­n sokongan rakyat tetapi hanya menggunaka­n fitnah dan janji kosong.

“Jangan pedulikan mereka ini yang merupakan pemimpin bermusim dan kecewa yang berjuang tanpa hala tuju,” kata Musa. — Bernama

 ??  ?? KEPERLUAN MENDESAK: Wakil PAS menyerahka­n sumbangan makanan kepada mangsa banjir.
KEPERLUAN MENDESAK: Wakil PAS menyerahka­n sumbangan makanan kepada mangsa banjir.
 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Rozman (empat kiri) dan Mazlan (tiga kanan) bersama murid-murid sekolah rendah yang menerima bantuan.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Rozman (empat kiri) dan Mazlan (tiga kanan) bersama murid-murid sekolah rendah yang menerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia