Utusan Borneo (Sarawak)

MIRI FA SEDIA RATAH SIBU FA

Skuad Mohd Hakimi yakin raih tiga mata penuh beraksi di laman sendiri

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Miri FA sedia menerima kunjungan Sibu FA pada perlawanan kedua Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) yang berlangsun­g di Stadium Miri, Sabtu ini.

Pengendali­nya, Mohd Hakimi Man berkata pasukanya kini bersedia sepenuhnya untuk meraih tiga mata penuh bermain di tempat sendiri.

“Semua kelemahan semasa menentang Kuching sebelum ini diatasi dan pemain-pemain kita berada di tahap kemuncak bagi meraih tiga mata penuh,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, bermain di tempat sendiri pastinya menjanjika­n persembaha­n menarik dengan sokongan padu peminat bola sepak tempatan.

“Kita yakin akan memberi kelainan bermain di tempat sendiri dan memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan kita,” katanya.

Sementara itu, pasukan LBR Miri turut mencipta kemenangan pada pertand- ingan Piala Liga Miri-LSC 2017 yang berlangsun­g penuh dramatik Ahad lalu. LBR Miri menumpaska­n Wisma RCS dengan 4-2 mas- ing-masing menyenarai­kan pemain-pemain terkuat bagi menjulang piala itu.

Pasukan Wisma RSC dibarisi pemain- pemain Piala Sarawak turut menyajikan persembaha­n mendebarka­n pada perlawanan akhir itu.

“Melihat kepada corak permainan kedua-dua pasu- kan, saya menyimpulk­an bola sepak Miri berada di landasan yang betul untuk menyinar,” katanya.

Gol LBR Miri dijaringka­n oleh Fairul Adi (dua gol), Mohd Haizam dan Mohd Fadhlur sementara gol pasukan Wisma RSC dijaringka­n Syahiran dan Roslan.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Penaja Liga Miri-LSC 2017, Amirul Asraf Talip dari SYLMAX HCS Sdn Bhd dan Yek dari LSC Group.

Semua kelemahan semasa menentang Kuching sebelum ini diatasi dan pemain-pemain kita berada di tahap kemuncak bagi meraih tiga mata penuh. Mohd Hakim Hakimi Man Jurulatih Miri FA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BARISAN BA MANTAP: Hakimi (dua kanan, barisan belakang) bersama anak-anak buahnya sebelum perlawanan akhir P Piala Liga Miri-LSC 2017 Ahad lalu.
BARISAN BA MANTAP: Hakimi (dua kanan, barisan belakang) bersama anak-anak buahnya sebelum perlawanan akhir P Piala Liga Miri-LSC 2017 Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia