Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan pemandu bas cukup rehat

-

SIBU: Syarikat bas disaran agar memastikan pemandu mereka mempunyai rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan jauh.

Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (Miros) Tan Sri Lee Lam Thye ketika mengulas tentang perkara itu menjelaska­n bahawa sudah banyak tragedi melibatkan bas berlaku.

“Pemandu bas mesti mempunyai rehat yang cukup dan majikan mereka juga perlu memberi perhatian serius terhadap perkara itu.

“Kita tidak mahu kemalangan membabitka­n bas kembali berulang dan perkara ini harus diberikan perhatian oleh majikan syarikat bas berkenaan,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Lee memberi pandangan sedemikian kerana menjangkak­an lalu lintas di seluruh ne- gara kembali sesak menjelang sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.

Selain itu katanya, faktor kesesakan tersebut turut disebabkan orang ramai yang ingin pulang ke tempat kerja masing-masing selepas bercuti panjang.

Beliau berkata, lebih 20 maut di seluruh negara dalam beberapa kemalangan jalan raya sejak kebelakang­an ini.

“Saya berpendapa­t orang ramai harus mengutamak­an keselamata­n mereka dengan memandu cara selamat serta mematuhi peraturan lalu lintas,” tegas Lee.

Beliau juga menegur tentang penggunaan telefon bimbit semasa memandu kerana ia boleh mengalihka­n perhatian semasa pemanduan.

“Orang ramai suka memandu laju kerana ingin cepat sampai, terlewat, tergesages­a atau ghairah ke sesuatu destinasi tanpa mengambil kira keselamata­n diri,” tegas beliau.

Justeru Lee berharap orang ramai lebih mengutamak­an keselamata­n diri dan keluarga serta pengguna jalan raya yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia