Utusan Borneo (Sarawak)

DUA TUKANG URUT DITAHAN, TAWAR ‘KHIDMAT EKSTRA’

-

SIBU: Dua wanita warganegar­a China ditahan selepas disyaki menawarkan ‘khidmat ekstra’ di sebuah pusat urut di Jalan Pedada di sini, malam kelmarin.

Suspek berumur 36 dan 39 tahun itu dicekup ketika serbuan Ops Noda oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Dalam operasi diketuai Inspektor Hairul Hussin pada jam 9.30 malam itu, polis turut merampas sekeping bekas plastik kondom.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata, siasatan mendapati suspek menawarkan khidmat seks secara sampingan kepada pelanggan pusat urut berkenaan.

“Kedua-dua wanita warganegar­a China itu mempunyai pasport sah. Modus operandi mereka ialah pekerja urut menawarkan harga untuk menjalanka­n aktiviti pelacuran secara sampingan di dalam bilik urut,” katanya.

Difahamkan, wanita warganegar­a asing tersebut mengenakan bayaran RM200 bagi setiap ‘khidmat ekstra.’

Menurut Zailanni lagi, kedua-dua suspek kini ditahan di lokap untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari pelanggan bagi tujuan persundala­n,” katanya.

Jelasnya, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 juga akan dikenakan terhadap kedua-dua suspek jika mereka didapati melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.

 ??  ?? DICEKUP: Dua wanita warganegar­a China yang ditahan semasa serbuan polis di Sibu.
DICEKUP: Dua wanita warganegar­a China yang ditahan semasa serbuan polis di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia