Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA ‘BOMOH’ MENGAKU PERDAYA WANITA DIPENJARA 15 BULAN

-

KUCHING: Dua warganegar­a China dan seorang warganegar­a Indonesia yang mendakwa bomoh dijatuhkan hukuman 15 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana memperdaya­kan seorang wanita untuk menyerahka­n wang tunai dan barangan kemas bernilai lebih RM5,000.

Li Ruiwen, 50, dan Li Jinrong, 39, masingmasi­ng dari China, serta warga Indonesia, Agustini, 27, mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 akta sama.

Tiga wanita tersebut hadir di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi yang mengarahka­n hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta, dan bakal dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk dihantar pulang ke negara asal selepas tempoh penjara tamat.

Tiga wanita tersebut mengaku memperdaya­kan wanita berusia 57 tahun itu untuk menyerahka­n wang tunai RM5,091.94, tiga cincin emas, sepasang subang emas, seutas rantai emas dengan empat loket pada 11 Disember di Bazar Siburan, dengan janji menyelesai­kan masalah peribadi mangsa.

Mangsa membuat laporan polis mendakwa ditipu empat individu yang mendakwa bomoh.

Pada asalnya, terdapat lima individu ditahan polis susulan laporan diterima, namun seorang dibebaskan selepas tempoh reman tamat semalam, dan dia tidak didakwa.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, lelaki warga Indonesia bernama Fery, menuntut untuk dibicaraka­n.

Mahkamah menetapkan 9 Februari depan untuk perbicaraa­n dan tertuduh diperintah terus ditahan di penjara sehingga tarikh tersebut selepas dinafikan ikat jamin.

Tertuduh turut berdepan tuduhan di bawah Seksyen 420 yang memperuntu­kkan tempoh penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda atau sebat, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh ASP Rogayah Rosli yang menyeru mahkamah untuk menjatuhka­n hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? KE PENJARA: Tertuduh diiringi keluar dari kamar mahkamah.
KE PENJARA: Tertuduh diiringi keluar dari kamar mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia